Pengasas Arab Malaysian Bank Mati Ditembak- Allahurobbi.. Terkejut bila mendengar berita kejadian seperti ini. Kalau dulu kita digemparkan dengan kes seorang Guru Penolong Kanan HEM yang ditembak, kini individu VVIP pula yang menjadi mangsa. Berita penuh belum lagi diperolehi, dan insya Allah Zam akan update lagi selepas ini.
-edited-
-edited-
Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di ibu negara hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata kejadian berlaku pada 2 petang ketika mangsa datang ke tokong itu berjumpa dengan seorang rakannya untuk berbincang mengenai urusan jual beli saham.
"Selang beberapa minit kemudian, mangsa didatangi seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa yang ketika itu menuju ke parkir kereta.
"Hussain,75, terkena dua das tembakan di bahagian dada dan di sebelah rusuk kiri manakala isterinya, 49, terkena dua das tembakan di pergelangan tangan kiri serta di paha kanan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di ibu negara untuk rawatan.
Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang.
"Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan," katanya.
Sementara itu, seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Lim, 50, berkata suspek didatangi seorang lelaki dari arah belakang sebaik keluar dari tokong itu.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi tembakan lebih dari lima das dilepaskan. Suspek kemudian melarikan diri ke bahagian tepi tokong dengan sebuah teksi," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Lee mendakwa suspek dilihat memakai pakaian sukan, bercermin mata serta bertopi.
bila dengar berita2 camni saya jadi takut pulak..nyawa manusia ni dah ibarat cam mainan je
ReplyDeleteteruk dh ni
Deletehishh..dah jdi trend yg xberapa sedap utk didengari kat Malaysia ni.
ReplyDeleteitulh pasal.. serius dh ni
Deletebiasa negara luar kita dengar kes menembak, ini dalam negara pun ada kes menembak, memang dahsyat..mana dapat pistol tu pun tak tahula..
ReplyDeletemakin dasyat ler
Deleteaiyok.makin menjadi2 jenayah kat Malaysia ni
ReplyDeleteitulah pasal
Deletenak keluar pun takut - mcm x selesa le
ReplyDeletekdg2 smpi jd mcm tu kn
Deletetakutnya zaman skarang nie..huhu
ReplyDeletemkin mnjadi jdi
Deletethank zamani, join saya dulu. Macam-macam hal sekarang nih..Jemput pada kawan-kawan join saya juga
ReplyDeletebahaya skrg ni kat malaysia kan..
ReplyDeleteKes tembak menembak ni, di mana saje sekarang..
ReplyDeletebahaya kan.. nauzubillahiminzalik
Delete