e

Wednesday, August 28, 2013

Farah Lee Mengandung, Isteri Ally Iskandar Hamil

(Gambar Terbaru Ally Iskandar Bersama Farah Lee)


Farah Lee Mengandung, Isteri Ally Iskandar Hamil sebenarnya merupakan 2 kata kunci yang menjadi carian pembaca di internet berkenaan Farah Lee, dan mungkin kerana Zam pernah menghasilkan entri (Gambar) Majlis Konvokesyen Farah Lee (isteri Ally Iskandar) Di Korea dan Kisah Ally Iskandar, Tak Pernah Ambil Cuti Raya 10 Tahun sebelum ini, ramai yang 'tersangkut' di blog Zam semasa mencari info tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam 'search keyword' untuk 2 minggu ini:




Buat makluman pembaca yang sedang mencari maklumat dan info berkaitan keyword tersebut, Zam kongsikan maklumat yang mungkin berguna buat anda semua, seperti yang ditulis di page Facebook Farah Lee:




"p/s: Walaupun saya share tentang bayi, please dont speculate, saya tidak mengandung dan soalan 'bila nak ada anak' juga diluar pengetahuan saya. Allahua'lam, saya mohon doa kalian :)"


Soal jodoh, dan rezeki anak ini sebenarnya ketentuan Allah.. Mungkin peminat ingin tahu, yang membuatkan mereka mencari maklumat di internet. Apapun, kita doakan yang terbaik buat pasangan ini ya.. Dan begitu juga dengan pasangan lain.. Jangan selalu ditanya kepada mereka tentang soal yang menjadi ketentuan Allah dan rahsia-Nya, takut-takut ada yang terasa hati nanti.. Ok.. Yang terbaik, doakan mereka selalu ;)

9 comments: