e

Wednesday, August 7, 2013

Setia Hujung Nyawa Raya, Malam Ini 7 Ogos 2013

 


Assalamualaikum & selamat petang. Tentu ramai peminat drama Setia Hujung Nyawa yang dah tahu & ternanti tayangan istimewa Setia Hujung Nyawa Raya yang bakal ditayangkan sempena syawal ini. Tapi tentu ramai yang terlepas pandang tarikh tayangannya. Jadi untuk info anda, drama Setia Hujung Nyawa raya ini akan ditayangkan pada hari ini jam 9 malam:

"Berikutan sambutan hangat terhadap drama bersiri Setia Hujung Nyawa yang berakhir awal Februari lalu, penerbitnya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd kembali mengubat kerinduan penonton dengan menyajikan telemovie Setia Hujung Nyawa Raya sempena Aidilfitri pada 7 Ogos ini di TV3, jam 9 malam."

Masih mengekalkan pelakon yang sama iaitu Nelydia Senrose, Hairul Azreen, Raja Ema, Zila Bakarin, Ryzal Jaafar dan Amar Asyraf, telemovie kali ini lebih kelakar dan bersahaja ditambah lagi dengan kehadiran beberapa watak baru lakonan Shah Iskandar, Anzalna Nasir, Ruminah Sidek dan Aedy Ashraf." 

Ini adalah sinopsis mengenai drama ini: 

Amie berkata, berikutan ia ditayangkan pada Aidilfitri, dia tidak terlalu menekankan emosi dalam telefilem ini dan jalan ceritanya juga lebih ringkas, selain lebih banyak unsur jenaka diselitkan. “Setia Hujung Nyawa Raya tidak lari daripada cerita asal dalam drama bersiri, cuma untuk kali ini kami menceritakan kepada penonton kesudahan kisah Ersalina dan Zain selepas mereka berkahwin dan El sedang sarat hamil tujuh bulan. “Pelbagai emosi dan perasaan yang menghantui diri El apabila dia terpaksa beraya di kampung Zain. Lebih menyedihkan lagi hati El, kami wujudkan watak Maisara, lakonan Anzalna sebagai bekas kekasih Zain yang cuba menawan kembali hatinya.


11 comments:

  1. tak dapat nak tengok.... malam raya dah dalam wad.... T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zam pun tak sempat tgk.. sibuk bersihkan rumah masa tu.. hehe

      Delete
  2. Tak sehangat SHN the siries.. But layan la... Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. angah sibuk mengemas rumah masa tu.. xsempat tgk pun.. hehe

      Delete
  3. Thanks bro Habif.. kunjungan sblm raya ye.. Selamat Hari Raya juga :)

    ReplyDelete