e

Saturday, September 14, 2013

Dia Tepuk Tangan Bila Zam Balik Buat Surprise

Assalamualaikum & selamat pagi. Alhamdulillah, petang semalam Zam selamat sampai ke LCCT dari Kuching. Kebetulan ada cuti 3 hari ni, jadi Zam ambil keputusan untuk balik mengejut. Family, sah-sah tak tahu sebab Zam biasa buat macam tu. Terima kasih diucapkan kepada blogger ini yang sudi jemput Zam di Putra Jaya selepas kerja & hantar Zam ke Serdang. Sebelum tu, sempat jugalah ke Pasar Tani Putrajaya membeli barang-barang dapur.

Sampai di rumah, ekspresi semua orang, macam biasa tak sangka Zam balik. Hehe.. Bila anak buah yang bongsu (umur tak sampai 2 tahun lagi) tu tengok Zam balik, dia tersenyum.. Kemudian, dia tepuk tangan.. Alorrrr sweett... 1st time tengok dia tunjuk happy macam tu bila Zam balik. Sebelum ni, Zam pernah cerita tentang dia yang tersenyum sebaik saja terbangun dari tidur & ternampak Zam :)

Okeylah, Zam nak bersiap & sarapan, sebab lepas ni macam-macam pogram nak dibuat ;) Korang, apa pula plan cuti 3 hari ni?

11 comments: