Assalamualaikum & selamat malam. Berkenaan tajuk entri, mungkin ada kaitan dengan waktu makan malam sekarang ni. Apapun, sebenarnya Zam dah lama nak menulis entri ini, nak-nak lagi sejak rancangan Masterchef Australia Musim 4 tamat siarannya di Malaysia. Rasanya, ramai yang berpendapat masakan & menu hidangan Malaysia tidak 'urban', tak setanding dan terkenal jika dibandingan dengan menu barat, tapi siapa sangka menu Malaysia sebenarnya boleh menandingi menu Mat Saleh?
Sejak menonton rancangan tersebut, terdapat 4 menu dari Malaysia yang dimasak oleh peserta, iaitu Murtabak, Nasi Goreng, Laksa dan Rendang- dan setiap satu mempunyai ceritanya yang tersendiri. Murtabak, menu yang memenangi cabaran cipta rasa bertemakan sandwich, Laksa yang dikategorikan sebagai 3 makanan terbaik, Nasi Goreng yang menjadi menu di sebuah hotel di Australia dan Rendang yang mendapat pujian & menjadi kegemaran juri-mengalahkan masakan Mexico dalam cabaran restoran segera. Dan untuk pengetahuan pembaca, kesemua nama hidangan tersebut dikekalkan dalam Bahasa Malaysia, -tidak diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Mungkin untuk mengekalkan keaslian dan penjenamaan menu tersebut.
Hebat kan?
Hebat kan?
PS: Mat Saleh mengketegorikan murtabak sebagai sejenis burger.. Boleh diterima tak? Hehe
gila laa....hebat Malaysia! :)
ReplyDeletehebat jugak malaysia ni. hihi
ReplyDeletewow..hebat tu. bangga jap
ReplyDelete;) sesuatu yg boleh dimartabatkan di arena antrabangsa!
Deletewah..hebat tu..:)
ReplyDeleteyup ;D
DeleteMakan di Malaysia mungkin ramai yg anggap 4 menu ni biasa2 aje..
ReplyDeleteTp pergi la luar negara e.x Wellington,NZ...menangis nak membayarnya hehe...walaupun di restoran asian yg sempoi. Dah keluar dr negara baru rasa menghargai tu muncul :p
setuju dgn pendapat tu ;)
Delete