e

Showing posts with label masterchef australia. Show all posts
Showing posts with label masterchef australia. Show all posts

Saturday, January 25, 2014

Bila Mat Salleh Makan Laksa

Assalamualaikum & selamat malam semua. Semalam semasa menonton Masterchef The Profesional Australia, ada satu babak yang menarik perhatian Zam bilamana dalam cabaran uji rasa, mereka diberikan laksa dan harus meneka 40 bahan yang digunakan untuk menghasilkan laksa itu. Memang juri sengaja memberikan mereka makanan yang tidak biasa dimakan dalam cabaran tersebut, dan lihatlah saja wajah peserta bila diberikan laksa.


Maunya tak gelisah dibuatnya, kan? Hehe.. Tapi kan, bila difikirkan balik, kalau kena kat kita sendiri yang dah biasa makan laksa ni, agak-agak boleh jawab dengan betul tak kesemua 40 bahan tu?

Thursday, November 28, 2013

Ayah Ngah! Nak Dengar Lagu Masterchef!


"Ayah Ngah! Nak dengar lagu Masterchef!" kata dua beradik, anak buah Zam semalam. Dah lama tak dengar dari lappy Zam ni agaknya. Biasanya Zam pasangkan movie dari VCD dan mainkan dengan lappy untuk mereka tengok, & agaknya mereka teringat akan lagu tu di Youtube. Bila pasang, dua, dua kusyuk layan lagu tu.

Wednesday, October 16, 2013

Laksa Ini Terlalu Pekat



'Laksa ini terlalu pekat' ni sebenarnya satu dialog dalam MasterChef Australia petang tadi. Mulanya Zam nak snap ayat 'saya sukakan laksa' dari juri, tapi tak sempat. Bukan apa, siapa sangka menu Asian seperti laksa diminati oleh Mat Salleh.. Dan seperti yang Zam kongsikan dalam entri 4 Menu Malaysia Disediakan Dalam MasterChef Australia sebelum ini, membuktikan sebenarnya masakan kita boleh menandingi masakan luar negara ;)

Wednesday, September 18, 2013

Siapa Kata Makanan Malaysia Tak Urban? 4 Menu Malaysia Disediakan Dalam MasterChef Australia

Assalamualaikum & selamat malam. Berkenaan tajuk entri, mungkin ada kaitan dengan waktu makan malam sekarang ni. Apapun, sebenarnya Zam dah lama nak menulis entri ini, nak-nak lagi sejak rancangan Masterchef Australia Musim 4 tamat siarannya di Malaysia. Rasanya, ramai yang berpendapat masakan & menu hidangan Malaysia tidak 'urban', tak setanding dan terkenal jika dibandingan dengan menu barat, tapi siapa sangka menu Malaysia sebenarnya boleh menandingi menu Mat Saleh?

Sejak menonton rancangan tersebut, terdapat 4 menu dari Malaysia yang dimasak oleh peserta, iaitu Murtabak, Nasi Goreng, Laksa dan Rendang- dan setiap satu mempunyai ceritanya yang tersendiri. Murtabak, menu yang memenangi cabaran cipta rasa bertemakan sandwich, Laksa yang dikategorikan sebagai 3 makanan terbaik, Nasi Goreng yang menjadi menu di sebuah hotel di Australia dan Rendang yang mendapat pujian & menjadi kegemaran juri-mengalahkan masakan Mexico dalam cabaran restoran segera. Dan untuk pengetahuan pembaca, kesemua nama hidangan tersebut dikekalkan dalam Bahasa Malaysia, -tidak diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Mungkin untuk mengekalkan keaslian dan penjenamaan menu tersebut.

Hebat kan? 


PS: Mat Saleh mengketegorikan murtabak sebagai sejenis burger.. Boleh diterima tak? Hehe

Sunday, September 8, 2013

Zam Ketagihan Menonton...!?


Sekarang, setiap hari rasa ketagih nak menonton rancangan kesukaan Zam.. Kalau tak tengok, rasa macam gelisah pun ada.. Mungkin sebab dah terbiasa layan hari-hari.. Kalau skrin tu belum di on, rasa nak cepat-cepat je on, kalau-kalau rancangan kesukaan tu sedang dimainkan..