e

Thursday, October 24, 2013

Buku Simply Sedap Chef Wan Untuk Amina



Beberapa hari sebelum bertemu Amina, Zam terfikir untuk belikan sesuatu untuknya.. Sebagai tanda ingatan dari peminat lah kiranya.. Waktu tu Zam masih di Kuching, jadi Zam ke MPH untuk mencari buku resepi dalam bahasa Inggeris untuknya yang bertemakan masakan Malaysia. Zam mulanya rancang nak beli buku The Best Of Chef Wan, tapi bila difikirkan balik, lebih baik Zam beli di MPH KL saja sebelum berjumpa dengannya. Tak lah nanti bawa banyak barang bila pulang ke KL.

Di MPH Mid Valley, 2 jam sebelum sesi bertemu peminat dan memasak di Center Court, Zam tercari-cari buku tu. Malangnya, tak berjumpa. Zam cuba pastikannya dengan staf MPH. Katanya bila disemak dalam data stok, ada 1 unit lagi- tapi di rak tak ada. Agak kecewa lah juga Zam.. Antara sebab Zam nak kan sangat buku tu sebagai hadiah untuk Amina- kerana ada resepi murtabak kesukaannya di situ. Memang sesuai lah, nak-nak lagi masakan Malaysia kan..

Pilihan kedua, Zam cuba belek-belek buku lain.. Akhirnya, Zam buat keputusan untuk beli 2 buku resepi diatas- Simply Sedap & Simply Sedap 2 untuknya. Alhamdulillah ada juga buku yang sesuai, nak nak lagi Zam ni cerewet sikit dalam memilih.. Hehe

Pernah baca entri Hadiah Dari Peminat dan Hadiah Itu Bukan Untuk Zam sebelum ini? Buku Simply Sedap dan Simply Sedap 2 inilah yang Zam maksudkan dalam kedua-dua entri tu :)


8 comments: