e

Thursday, October 10, 2013

Entri Pecah Trafik Di Bulan Oktober~ Cecah 11 Ribu PV

Assalamualaikum dan selamat petang. Tentu ramai yang meminati drama Cinta Jannah sebelum ini, kan? Bagi Zam, drama tu dah jadi semacam satu fenomena dan kegilaan ramai pada waktu tu. Maka, sudah tentu ia juga menjadi sesuatu yang sentiasa dalam carian penonton di internet, terutama sinopsis setiap episod. Jadi Zam tak ketinggalan seperti kebanyakan blogger lain menyediakan entri seumpanya dan dalam masa yang sama, Zam mempraktikkan teknik SEO untuk menarik pembaca ke blog.

Entri Pertama Tentang Cinta Jannnah (2 Minggu Terakhir Cinta Jannah: Episod 20) Cecah 11 Ribu PV


Tak sangka juga sebenarnya entri pertama yang Zam hasilkan tentang Cinta Jannah - Episod 20 meraih jumlah PV yang besar. Dan setiap carian untuk episod 21, 22, 23, dan 24 pada setiap hari selepas ia ditayangkan juga 'tersangkut' pada entri episod 20. Contohnya seperti dalam printscreen dibawah, biarpun episod 22 pada 19 haribulan (Khamis) baru selesai ditayangkan, entri episod 20 juga yang meraih bilangan pembaca online tertinggi:


Mungkin ia satu kebetulan, namun ia berjaya menarik pembaca ke blog dan meningkatkan pv dan trafik blog. Sambil membaca entri tersebut, sedikit sebanyak pasti ada pembaca yang membaca entri lain di blog Zam menerusi pautan lain yang disediakan. Blog Zam bukanlah blog gosip dan cerita hangat yang sentiasa menarik pengunjung yang ramai, jadi cara ini sebenarnya banyak membantu Zam meningkatkan trafik.

Pada rakan lain yang berminat, Zam syorkan cara SEO ini kepada anda. Memang berbaloi, dan tidak susah pun. Nak tahu dengan lebih lanjut teknik ini? Anda boleh berkunjung ke OHBLOGGER untuk mendapatkan ilmu yang diperlukan.

Selamat mencuba ya ;D


Carian keyword cinta jannah di Google

carian keyword di blog


25 comments:

  1. tahniah zam, memang berbaloi main SEO ni kan?

    ReplyDelete
  2. pergh..
    penangan SEO ni mmg best.
    boleh jana trafic dengan tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu zam ingat benda seo ni susah.. rupanya mudah!

      Delete
  3. oh kena study cara nie...cari bahan yang orang suka dan cari....tahniah Zam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 :) klu ada isu semasa yg hangat, jadikn entri, mmg leh tarik trafik tinggi

      Delete
  4. Replies
    1. Thanks.. semua org pn leh jd hebat dgn seo no.. mudah je dik ;)

      Delete
  5. good job abe! daripada buat cerita gossip kan... tahniah abe!!! lain kali bolehlah deno praktikkan..:)

    p/s: abe, masterchef australia yang season5 yg baru kan? yg ada sorang peserta bertudung bernama Samira.. betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dik deno.. hehe...

      Aah, ada :) Samira tu le.. ade sorg lg yg muslim nama Faiza

      Delete
  6. Thanks Normi :)) Alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Alhamdulillah.. xsangka gak ni... 1st time mnjadi dgn seo cinta jannah ni

      Delete
  8. Replies
    1. Boleh je, sgt senang :) buat rujukan dekat blog HasrulHassan.com k.. ade maklumat dan cara buat entri seo kat situ :)

      Delete
  9. tahniah zam... banyak pengunjung baru singgah ke blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamddulillah... Dan salah seorang adalah Marou :))

      Delete
  10. Tahniah Zam..wow pandai ya dengan SEO..saya tak pandai langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ainim :) Tp kan, kdg2 kita dah hasilkan entri seo tanpa kita sedar..cer cek balik posting, mn tahu ada yg dpt hit tinggi :)

      Delete