e

Friday, October 4, 2013

Roti Ini Masih Kelihatan Elok Biarpun Lepasi 15 Hari Tamat Tempoh.. Apa Maknanya?

Assalamualaikum & selamat petang. 2 minggu lepas, sewaktu pulang ke Semenanjung untuk menghadiri Festival Kucing Putrajaya 2013, seorang rakan Zam di Kuching memesan agar dibelikan sebungkus roti berinti krim vanila keluaran sebuah syarikat roti yang tidak asing lagi di Malaysia. Memandangkan di Sarawak tidak dijual roti tersebut, Zam belikan untuknya. Tetapi Zam rasa agak pelik kerana sebelum ini biasanya rakan-rakan Zam sering memesan agar dibelikan dalam jumlah yang banyak, tapi kali ini hanya sebungkus yang dipesan. 

Rupanya, rakan Zam tu nak menguji roti tersebut kerana sebelum ini dia pernah membaca dakwaan bahawa roti tersebut pernah disimpan selama setengah tahun tapi apa yang mengejutkan, ia tidak rosak sama sekali! Apakah maknanya? Adakah terlalu banyak bahan kimia dan pengawet yang dimasukkan kedalamnya?

Dan gambar di bawah, membuktikan sebahagian dari dakwaan tersebut:



Roti diatas baru sahaja dibuka pada hari ini dari bungkusannya, biarpun tarikh tamat tempohnya ialah pada 19 September 2013 lepas. Sesuatu yang tidak disangka apabila roti tersebut masih kelihatan elok dan berbau harum, dan langsung tiada pertumbuhan kulat di atasnya. Sehingga hari ini 4 Oktober, maknanya roti tersebut telah melepasi +- 15 hari selepas tarikh tamat tempohnya dah masih elok. Maknanya?


Sesuatu yang menarik untuk difikirkan.. Adakah selamat untuk kita memakan sesuatu yang diragui seperti ini?

32 comments:

  1. Erk..baru je makan roti selasa lepas..takut pulak baca ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin boleh mula dgn kurangkan dulu mkn bt masa skrg ..

      Delete
  2. memang bahaya tu kalu banyak bahan awet, kimia...menakutkan, apa lagi sejak kebelakangan ni banyak kes keracunan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya bnyak sgt masuk bahan kimia dlm tubuh bdn kita ni.. kna mkn supliment nyah toksik lps ni

      Delete
  3. pelik jugak ni..mesti bahan awet yang terlalu banyak sampai boleh bertahan dalam tempoh macam tu..

    ReplyDelete
  4. U r what u eat..
    Hadoiii jd chemicalwoman la lps ni!

    ReplyDelete
  5. pelik jugak.. selalu memang akan berkulat kan.. nampaknya bahan kimia yang digunakan terlalu banyak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlpn dlm bungkusan plastk, klu dh tamat tempoh, mmg akan berkulat.. tp yg ni tidak

      Delete
  6. err...like seriously..?? dah la suka gila mkn roti Gardenia :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg mnjadi isunya.. kna mula kurangkan kot

      Delete
  7. saya pulak pernah beli roti buku, yang saya tinggal selama seminggu ,tapi masih lagi belum berkulat...nampak macam sama je ni...tapi saya terus buang kerana merasakan roti tersebut dah lama walau tak berkulat...cubalah test roti buku pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sama juga kesannya.. tp yg ini, mmg lebih lama masanya..

      Delete
  8. alamak......tukar ke brand lain laks.......

    ReplyDelete
  9. seeloknye ikut je bile expired date nye utk keselamatan..kekadang kite xtau bape byk lee bhn kimia awetan digunakan ;)

    ReplyDelete
  10. Perghhh, sangat diragui :3 Errr, tkut pulak.. Lagi2, roti gardenia mmg pebret lia :(

    ReplyDelete
  11. nth2 dah expired hntr blk kt kilang dorang repacking blk pki cop tarikh expired yg bru...mana thu kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lah kot.. harapnye.. wlpn zam ade gak terlintas d fkirn mcm tu..

      Delete
  12. tak pena pulak buat experiment mcm ni. nice one. tp still kena hati2 dlm bab makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. ni pun rkn yg terfikir nak cuba test sdri

      Delete
  13. dulu xmcm ni roti grdenia ni. skrg dh lbh kurg cmni la.hehe
    tp klu roti biasa yg bertingkat2 tu xde la smpai 15 hari, 2 3 hari lps expired dh kulat dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasan juga kan roti tu.. sb zam dh lama duk kuching, tak jumpa roti ni jd tak perasan

      Delete
  14. banyak letak baham kimia le tu. rindu nak makan roti pau homemade.

    recent post : Semangat Header & Logo Baru

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. itulh.. pihak pengurusan kn ambil tindakan ni

      Delete