e

Wednesday, November 6, 2013

Jawapan Bagi Entri 'Kenapa Zam Sukakan Gambar Ini'.. Blogger Manakah Yang Menjawab Paling Tepat?

Assalamualaikum guys.. Akhirnya, Zam akan umumkan Blogger yang memenangi Hadiah Review Blog @ Top Up Talian Telco RM10 dari Zam menerusi entri Hadiah Review Blog~ Zam Sukakan Gambar Ini Kerana..??. Pada rakan blogger yang ketinggalan mengikuti entri tersebut, sedikit info Zam berikan: Ia mengenai sekeping gambar, dan Zam meminta rakan blogger meneka apakah punca yang menyebabkan Zam sukakan gambar tersebut

Sebanyak 18 KOMEN telah diterima, dan semuanya menarik hati Zam. Namun, hanya seorang blogger yang dapat menjawabnya dengan tepat. Siapakah beliau? Jeng jeng jeng..

Apapun sebelum Zam dedahkan pemenangnya, Zam akan berikan JAWAPAN SEBENAR UNTUK ENTRI TERSEBUT menerusi gambar di bawah ini:


Dapatkah anda kenalpasti persamaan di antara kesemua gambar kucing diatas? Cer fikir sekejap..

Pada yang dapat memikirkannya, anda memang hebat.. Jawapannya ialah, KUCING BELANG :))

Jawapan di entri Hadiah Review Blog~ Zam Sukakan Gambar Ini Kerana..?? sebenarnya ialah KUCING BELANG. Mana-mana gabungan jawapan yang mempunyai perkataan 'kucing belang', akan diterima. Namun, nampaknya tiada seorang pun yang mengutarakan jawapan tersebut.. Jadi Zam pilih jawapan peserta yang paling hampir dengan jawapan sebenar. Kucing belang sebenarnya kucing pertama Zam semasa kecil, dan sebab itulah sampai sekarang Zam sukakan kucing-kucing belang ni. Kenangan zaman kanak-kanak Zam yang terbawa-bawa sampai sekarang.. Hehe

Jadi,komen blogger yang dimaksudkan ialah~

Tuan blog ini terjatuh suka pada gambar di atas disebabkan oleh kucing di dalam gambar tersebut mengingatkan beliau kepada kucingnya sendiri yang pernah dibelanya suatu ketika dahulu. plain83

TAHNIAH Zam ucapkan kepada Saudari PLAIN 83.. Dengan ini, Hadiah ReviewBlog @ Top Up Talian Telco RM10 menjadi milik anda! Macam tahu-tahu je apa yang ada dalam fikiran Zam.. Hehe.. Btw, kepada peserta lain, jangan kecewa ya.. Insya Allah, di masa akan datang Zam akan anjurkan lagi segmen atau entri seperti ini yang menawarkan hadiah kepada anda.. Thanks again for your support to this blog, guyss ;)

14 comments:

  1. Assalammualaikum...zam,

    Cara Untuk Setting RSS ....: Klik Sini

    mselim3

    pls: kalau ada pape nanti bagitahu...

    ReplyDelete
  2. OMG OMG OMG!!! (ノ≧∀≦)ノ
    Tak ku sangka chempedak menjadi nangka weheheee~
    Arigatou Gozaimasu Zam san!! Oh jawapan tepatnya kucing belang, tak terpikior den XD

    ReplyDelete
  3. Congrate plain83.
    Si nyauu 'M' di dahi rupanya..:)

    ReplyDelete
  4. tahniah... wah xg tau ada segmen.. T_T ... apa pun nampak enjoy gak buat macam ni :D

    ReplyDelete
  5. oh ya, review my blog onegaishimasu~ ^^

    ReplyDelete