e

Sunday, December 15, 2013

Inner Child Zamani Abe


Sampai dari Kuala Lumpur semalam, Zam tumpang bermalam dulu di rumah saudara sebelum ke OUM di Kota Bharu hari ini untuk menduduki peperiksaan semester September 2013. Selesai urusan di sana, Zam pulang semula ke rumahnya dan habiskan masa bermain dengan anak-anak bulus di atas. Sebilangan darinya agak penakut, dan ada juga yang garang. Yang manja, memang seronok dibuat main. Rumah saudara Zam ni memang banyak kucing, jadi dapatlah Zam lepaskan kegeraman pada kucing-kucing ni.

Ada juga rakan yang komen apabila Zam kerap muat naik gambar kucing di FB. Zamani ni tak ada gambar lain~ kucing, kucing, kucing je. Memang mereka boleh nampak lah obsesi Zam terhadap haiwan ni. Zam cuma senyum.. Nak terangkan pun tak tahu nak cakap apa. Mungkin sebab kucing ni inner child Zam. Masa kecik dulu sampai besar tak pernah puas main dengan kucing, tu yang jadi macam tu. Asal jumpa je terus jadi macam budak kecik nampak kucing.

Satu lagi, memang Zam suka jadikan kucing sebagai subjek fotografi Zam. Nak upah talent, Zam tak mampu.. Segan lagi satu hal.. Jadi, kucing ni jadi pilihan terbaik untuk Zam puaskan keinginan Zam untuk mengambil gambar..

Begitulah ceritanya.. 

22 comments:

  1. oh lepas amik pics kekucin tu, sila bayar upah mereka setimpalnya dalam bentuk makanan seperti ikan, friskis, sosej dan apa2 yang sewaktu dengannya... ;3

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. tambah dengan sikap lucu mereka.. lagi comel

      Delete
  3. Replies
    1. tapi sayang ade yg penakut.. lari bila nampak kita

      Delete
  4. rumah cik nor pon banyak kucing..dok lyn kucing gak klu blk kg..:)

    ReplyDelete
  5. pic kucing ni sebenarnye unik.dan spontan mmg comel..jadi zam boleh laa mulakan hobi baru je dgn be a photogrfer

    ReplyDelete
  6. hehehe tapi orang kata la lau ambik gambar kucing nanti kucing tu mati......:) yer ke tidak tak tau lah...

    ReplyDelete
  7. kat rumah akak takder kucing.......

    ReplyDelete