e

Thursday, January 9, 2014

Cendawan Sisir Goreng

Assalamualaikum & selamat petang. Kali ni Zam nak sambung kisah tentang sesuatu barang yang Zam kutip di dalam hutan masa cuti sekolah baru baru ni. Seperti yang ramai meneka, memang betul ia adalah cendawan sisir. Nak tahu siapa yang jawab dengan betul, boleh tengok sini

Cendawan sisir ni sedap dimasak gulai lemak, dan yang paling simple adalah goreng dengan kunyit. Lepas siap, berselera Zam ratah macam tu sahaja.. Rasa macam daging goreng pun ada.. Beberapa kali Zam turun ke dapur waktu tu, buka tudung saji, jemput sedikit dan ratah.. Kemudian naik ke tas rumah buat kerja, kemudian turun balik ratah cendawan ni.. Hehe..

selepas dibersihkan dengan garam kasar dan dibilas air, kemudian ditoskan sebelum digoreng.

bahan-bahan yang digunakan..

dah siap! yummy

20 comments:

  1. eh..dah macam ikan bilis goreng pun ada ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ae? hehe mungkin sb warna. tp yg ni serius best

      Delete
  2. sedapnya....jarang nampak cendawan nie zam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. biasanya lps hujan, dia naik dkt dahan2 pokok yg mati..

      Delete
  3. sedappppp..fav ! tp susah kn na dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. same ar.. sblm ni, zam bli yg org jual je.. kli ni rezeki sb ada tumbuh kt kawasan rumah d kmpg

      Delete
  4. halus dan comel sangat..tapi rasanya sedap..PC pernah makan..masak lemak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nk rasa yg masak lemak.. kecur air liur

      Delete
  5. Replies
    1. rare.. jika ada rezeki, baru jumpa.. klu tak kat kedai, kat kawasan rumah sdri di kampung

      Delete
  6. sedap ni... mase kecik2 dulu makan ni.... macam daging...

    ReplyDelete
  7. kat mane nak dpt cendawan ni? rajin betull awak masak ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zam kutip kt kwsn hutan blkg rumah :) ni feveret zam tu yg masak tu :)

      Delete
  8. cendawan sisir nie memg pebret masa akak kecik² dolu...klu blk kg belah mak mesti krabat bukit semata² cari cendawan nie...pestu mak goreng bogey je, x pon wat msk lemak cili api..phewww!!..memg sedappp!!!...skang nie susah giler nak cari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perg menarik betul kisah tu... nampak sgt sedapnya cndwn ni bila dimasak.. zam teringin nak cuba yg gulai punya.. yummm

      Delete
  9. Replies
    1. haa zam oernah dgr juga, tp masa masak tu, dah habis stok telur ayam.. hehe

      Delete