Assalamualaikum & selamat pagi semua. Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan hari yang baru pagi ni. Rasa tenang je, mungkin sebab cuaca baik di Kuching, setelah sebelum ini cuaca agak tidak menentu. Jadi mood pun macam turut dipengaruhi. Tempat korang pula macam mana?
Sebenarnya pagi ni, Zam nak respon tentang satu entri yang pernah Zam utarakan dengan satu pertanyaan sebelum ini. Kalau nak tahu entri apa, mungkin korang boleh refresh balik ingatan dengan melihat gambar ini:
Jika dilihat dari rupanya, tentu ramai yang membayangkan ia adalah sejenis kuih tradisional tempatan yang diperbuat dari tepung dan gula melaka yang disalut dengan kelapa kukur.
Namun, sebenarnya Zam mempunyai 2 tujuan mengapa Zam bertanyakan soalan itu.
Pertama, kerana Zam ingin mengetahui sebutan dan ejaan sebenar kuih tradisional Melayu tersebut jika kuih itulah yang dibayangkan oleh anda. Ada yang menyebutnya sebagai kasui, dan ada juga dengan nama kaswi. Jadi Zam ucapkan terima kasih atas 11 blogger yang memberikan jawapan & respon kepada Zam di dalam entri tersebut.
Tujuan yang kedua, agak tricky sikit. Sebabnya, Zam nak menduga para blogger adakah anda benar-benar mengenali kuih tersebut berdasarkan gambar yang diberikan. Kerana yang sebenarnya, gambar tersebut bukanlah gambar Kuih Kasui@Kaswi yang dibayangkan, tetapi sejenis kek tradisional Australia yang dinamakan sebagai Kek Lamington.. Hehe..
(Ps: Kek ni sebenarnya kek span yang disalut coklat dan kelapa parut diluarnya.. Sekali tengok, memang macam kasui@kaswi kan?)
(Ps: Kek ni sebenarnya kek span yang disalut coklat dan kelapa parut diluarnya.. Sekali tengok, memang macam kasui@kaswi kan?)
Zam sengaja menduga blogger kerana Zam berniat untuk memberikan penghargaan dengan memasukkan mereka yang sudi memberikan jawapan ke dalam bloglist Zam. Ala-ala segmen gitu, cuma Zam tak bagitahu terlebih dahulu. Jadi pada yang meninggalkan komen disana, biarpun jawapan yang diberikan tidak tepat, Zam tak kisah.. Yang penting kesudian dan kerajinan anda meninggalkan komen :)
Zam tertarik juga dengan jawapan yang diberikan, sebab dari pemerhatian Zam, sebenarnya blogger-blogger ini cukup berhati-hati menjawab soalan dari gambar yang diberikan. Mungkin mereka perasan sesuatu yang tak kena bila Zam mengajukan soalan seperti itu.
Agaknya mereka dah dapat kesan trick Zam awal awal. Sampaikan ada yang tanya ada tak gambar keratan dalam kuih tersebut~ dush! Hampir-hampir rahsia Zam bocor! Hehe
Insya Allah, di masa akan datang, Zam akan buat lagi macam ni. Jadi pada yang tak berpeluang tu, insya Allah rezeki anda ada di dalam entri atau segmen Zam yang akan datang. Jangan kecewa k.. Yang penting, terima kasih Zam ucapkan atas sokongan yang anda berikan selama ini ke atas blog ini, ya ;D
Ooo...kek rupanya...hahahahhaha. Tapi tengok dari rupa, memang akak tak rasa itu kuih kaswi. Maaflah, tak pernah makan kek tu...hhihihi
ReplyDeleteOh, bertuah juga komen di sini yer.... Terima kasih Zam.
hehe takpe kak, Zam pun tak pernah makan sbnrnya.. tapi itulah, Zam tengok pun mmg nmpk mcm kasui.. Akak lah yg tanya sampai keratan dlm kek tu.. hampir2 rahsia zam bocor.. hehe
Deleteappn, ur welcome kak.. thanks 4 support :)
Sedapnya nampak kuih ni di pagi hari..
ReplyDeletemeh angah buat.. haha
Deletelaaa..kek ghupernyaa...mati² laa hengat kuih kasui...yelah, x penah mkn kek lamington...hahaha...tp, kek nie sesedap kasui dak?...
ReplyDeletetak tahulah.. jom cube buat! hehe
Deletesalam abg. sebijik mcm kuih kasui kalau tak tengok isi dalamnya
ReplyDeletewsalam jamil.. ha itulah pasal.. hehe
Deleteterkena sudah...seakan-akan sama dengan kasui...tapi tak per sekurang-kurang tahu ada kek yang boleh disalut dengan kelapa....boleh google....
ReplyDeletehehe sory ar kak ae... saje nak ngusik blogger.. haa mmg boleh.. agaknya diaorg pakai kelapa parut yg kering kot..
DeleteOh...kek rupanya. betul2 ingat kuih kaswi tu. Nampak macam sedap je kek ni.
ReplyDeleteitulah, rupanya hampir sama.. hehe.. boleh cuba buat klu nak tahu sedap ke tak ;)
Deletehaihhhh masuk ni dah 3 kek dah kenit tengok hehehe. Telan ailio lagi leeeee :D
ReplyDeletehoho ada blogger lain tulis sal kek gak ae? hehe
DeleteNyummy.. sbijik mcm kasui Kalo tgk seimbas. . ^^
ReplyDeleteitulah pasal.. ingatkan kasui dah
Deletela kek ker?haha
ReplyDeleteha ah, kek :)
Deletemacam biskut snow almond
ReplyDeletehampir2 kan.. cuma ganti dgn kek aje
Deleteoh my trick hehehe
ReplyDeletehehe sory ar Zam mmg suka main trick2 ni.. ;)
Deletepatutlah nampak keras semacam, biasanya kuih kaswi ni teksturnya lembut sket
ReplyDeletetelitinya u cik lily! ;D
Deletehaha..tepat seperti jangkaan saya aritu..memang bukan kuih kaswi..hehe..
ReplyDeletehaa baguslah sebab berhati2.. hehe
Delete