e

Sunday, February 2, 2014

Ariana Rose Minggu Ke 6: Episod 21, 22, 23, 24

Assalamualaikum & selamat malam. Minggu depan (bermula esok) merupakan minggu kedua terakhir drama Ariana Rose dimainkan di slot Akasia, sebelum minggu terakhirnya pada minggu hadapan. Bersiaran sebanyak 28 episod, dan minggu ini pasti menyaksikan lebih banyak adegan yang menimbulkan pelbagai persoalan. Kepada para peminat, Zam kongsikan sepintas lalu sinopsis Ariana Rose Minggu ke 6 Episod 21, 22, 23 dan 24.


Tengku Adam beritahu keluarganya yang dia akan sampai ke Malaysia dalam masa 20 hari lagi kerana dia mahu sucikan dirinya sebelum masuk ke alam rumahtangga. Pada masa itulah Puan Sri Lisdania risaukan kalau-kalau Adam benar benar tidak mahu kahwin. 

Pagi esoknya, Tengku Adam sudah bersiap untuk pergi kerja. ketika menuruni tangga, Tengku Adam tersentak bila melihat gambar yang tergantung di dinding. Dia kenal wanita yang dikelilingi oleh ayah dan ibunya..Ariana Rose. 

Selepas perolehi number Adam Mukhriz, Ariana beranikan diri untuk hubungi tunangnya itu. Tengku Adam terkejut bila terima panggilan dari Kelantan dan orang yang hubunginya tidak panggilnya dengan gelaran Datuk atau Tengku.

Ariana semakin berdebar menunggu hari pernikahannya tetapi pada masa yang sama dia semakin kerap pula bermimpi Tengku Adam Kamil. Ariana tidak tahu apakah maksudnya dan dia kerap menunaikan solat tahajud dan istikharah.

10 comments:

  1. tak sabar nak tengok dia nikah..hihi

    ReplyDelete
  2. suka drama ni...tak sabar tunggu sambungannya..

    ReplyDelete
  3. feelingzzz berabis....hihihi.....senyum dgn encik suami tgok cerita ni..hehe

    ReplyDelete
  4. rasenya bukan minggu ni kot last..kan dia ade 28 episod..so minggu depan la minggu last..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks utk info tu :) Zam pun keliru antara 24 dan 28 mulanya

      Delete