e

Tuesday, February 18, 2014

Jika Itu Takdirku Episod 1, 2, 3 & 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Seperti yang diketahui peminat semua, bermula semalam slot Akasia telah bersiaran dengan drama terbaru, Jika Itu Takdirku. Akan keudara sebanayk 24 episod, mengisahkan tentang si hero yang kehilangan ingatan yang telah jatuh cinta semula dengan kekasih lamanya. Untuk anda, Zam kongsikan sinopsis ringkas bagi setiap episod dalam minggu ini.





Enam tahun telah berlalu, Hakimi disahkan menghidap penyakit amnesia selepas kemalangan jalan raya. Dr. Hamza cuba untuk menyembuhkan penyakit amnesia Hakimi dan Hakimi juga banyak menghabiskan masanya di hospital. 


Hakimi sudah tidak tertanggung lagi perasaanya terhadap Umairah. Hakimi merasa dia sudah jatuh cinta kepada Umairah tetapi sebenarnya dia merasa keliru antara cinta dan tanggungjawabnya terhadap Umairah. 


Semenjak peristiwa makan malam hari itu, fikiran Umairah sering melayang memikirkan jodohnya. Hatinya tidak tenang dan sering tertanya-tanya bahawa adakah Hakimi cuba mempermainkannya atau dia ada muslihat lain. 

Hari perkahwinan Umairah dan Hakimi tiba. Majlis mereka dibuat secara bersedehana. Hanya ada saudara dan teman-teman rapat mereka yang hadir. 

4 comments: