Assalamualaikum & selamat malam semua. Susulan berita kapal terbang MAS MH370 hilang sejak Sabtu lalu, berita terkini (sumber dari Astro Awani) memaklumkan bahawa dua penumpang yang menggunakan pasport curi telah dikenalpasti sebagai warganegara Iran.
Individu pertama yang dikenalpasti adalah Pouria Nour Mohammad Mehrdad, berusia 19 tahun yang dikhabarkan ibunya sedang menantinya di German. Walaubagaimanapun, Pouria Nour disahkan tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas setelah disemak profail dan latar belakangnya.
Pouria menggunakan pasport milik warga Austria- Christian Kozel yang disahkan dicuri di Thailand. Pengumuman dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (sumber) yang menyatakan mereka mungkin pelarian yang cuba mencari suaka.
Individu kedua pula dikenalpasti sebagai Delavar Seyed Mohammad Reza, warganegara Iran berusia 30 tahun. (sumber dari buletin Awani Khas)
terus berdoa agar misteri ini terungkai
ReplyDeleteWallahua'lam
ReplyDeletesemoga cepat terungkai misteri ni
DeleteSiapa ler sebenarnya dia nie yea...
ReplyDeletekena siasat betul2 sampai ke akar umbi..
Delete