e

Saturday, March 15, 2014

MH370 - Pesawat Dirampas Satu Konklusi Akhir?



Assalamualaikum & selamat petang semua. Maklumat terkini yang diterima dan menjadi trending di media massa/sosial antarabangsa ialah berkenaan MH370 yang didakwa telah dirampas (hijack). Berita ini tidak disahkan pada mulanya dan didakwa hanyalah satu teori, namun setelah beberapa pendedahan dibuat, ia kini dianggap sebagai satu konklusi kepada misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu sejak Sabtu lalu.

Berikut adalah kronologi kepada konklusi ini (petikan dari artikel Awani):


Sumber dari Awani melaporkan The Wall Street Journal (WSJ), penyiasat penerbangan dan para pegawai keselamatan percaya pesawat itu berada di udara untuk tempoh masa 5 jam, termasuk sejam daripada lokasi terakhir ia berlepas. Ia berdasarkan data yang dimuat turun secara automatik dan dihantar oleh enjin pesawat Boeing 777 itu.


WSJ turut mengesahkan bahawa juruterbang boleh mematikan transponder, iaitu alat yang memancarkan isyarat pergerakan pesawat. Laporan itu berkata pihak penyiasat keganasan Amerika Syarikat sedang menyiasat kemungkinan ada individu lain yang berada di atas pesawat itu mematikan transponder untuk mengelakkan radar pesawat itu dikesan.

Walaubagaimanapun, persoalan ke manakah pesawat itu menghala dan mengapa ia terbang untuk waktu yang lama tanpa menghidupkan transponder, telah menyebabkan pelbagai teori dikemukakan oleh para penyiasat.


Pesawat Boeing 777-200 yang masih hilang itu dipercayai telah terbang merentasi Semenanjung Malaysia dan menuju ke Kepulauan Andaman berdasarkan pengesanan yang dilakukan oleh radar tentera.

Memetik laporan berita Reuters, dua sumber memberitahu agensi berita itu pada Jumaat bahawa sebuah pesawat misteri dimana para penyiasat mempercayainya sebagai pesawat MH370 telah terbang mengikut titik-titik navigasi penerbangan dimana titik terakhir yang direkodkan dalam radar tentera adalah di di Barat Laut Malaysia.


Titik misteri yang dikesan dalam radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sekitar ruang udara di utara Malaysia sebelum hilang disahkan sebagai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengesahan pesawat tersebut dibuat berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh dari penyedia data servis satelit.

“Berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh, kami boleh mengesahkan disini bahawa pesawat tersebut adalah pesawat MH370 dan pengesahan ini dilakukan setelah hasil penelitian data-data dari pihak-pihak yang terlibat seperti FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia,” kata Najib dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang tadi.

PS: Pengumuman ini sebenarnya melegakan banyak pihak terutamanya keluarga penumpang di Malaysia dan China khususnya. Pada rakyat Malaysia, sama-samalah kita terus mendoakan yang terbaik buat penumpang MH370.

8 comments:

  1. perkembangan berita hari ini agak mengejutkan... apalah yang betul2 berlaku sebenarnya, Wallahualam...

    ReplyDelete
  2. Tuhan saja yang tahu... dan semoga Allah Taala peliharalah apa yang patut... tu saja ...
    Allah Maha Berkuasa dan Dialah yang sebenar-benar mengetahui...
    Sebagai seorang yang beriman kepada Allah swt dan RasulNya kena YAKIN dengan kuasa dan kehendak Allah... Allahualam bissawab... MasyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Hanya Allah yg tahu segalanya..Semoga selamat semuanya..

    ReplyDelete