Assalamualaikum & selamat pagi semua. Zam baru berkesempatan menyunting semula entri ini yang disediakan pada 7.20 pagi tadi berikutan kesibukan menguruskan raptai & pembungkusan hadiah sempena majlis persaraan Guru Besar yang bakal berlangsung Isnin ini.
Buku Ultraman Power Diharamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Isu yang menjadi topik hangat semalam di Facebook mungkin agak mengelirukan orang ramai, lebih lebih lagi apabila menonton video berita mengenainya yang menunjukkan model permainan Ultraman. Untuk pengetahuan semua, yang diharamkan sebenarnya ialah sebuah buku yang bertajuk Ultraman The Ultra Power. Watak, drama dan permainannya walaubagaimanapun tidak berkait dengan pengharaman ini.
Mengulas tentang pengharamannya, ia adalah disebabkan kalimah Allah yang digunakan di dalam buku tersebut. Ini adalah seperti apa yang diulas oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd. Rahman melalui Facebook nya:
Buku 'ultraman the ultra power' itu diharamkan KDN disebabkan ayat-ayat, seluruh cerita dalam buku tersebut dan idea sebagaimana di dalam gambar. Jika benar disengajakan dan begitu ceritanya, saya bersetuju dengan pengharaman walaupun mungkin tidak popular dan dilucukan oleh orang ramai. Jika tidak sengaja, mungkin boleh ditarik balik sahaja.
Pendapat Zam sendiri yang pernah membeli buku yang hampir sama untuk anak buah dulu- (disyaki dari penerbitan yang sama tetapi dengan tajuk lain ), bahasa yang digunakan di dalam buku ini adalah bahasa direct translation, dan memang pening juga membacanya apabila banyak kesalahan tatabahasa yang didapati didalamnya. Mungkin juga, penerbitannya ialah dari negara luar. Apapun selepas ini, sama-samlah kita pantau tengtang buku apa yang dibeli untuk anak-anak kita.
ade ke patot ultraman dianggap Allah...gila apa!!!!!...memg patot diharamkan!
ReplyDeletediorang main kot dan kok se je translate.. mengarut
DeleteSetuju dgn ustaz zaharuddin..kalau disengajakan untuk merosakkan akidah org Islam terutama kanak2, ada baiknya diharamkan buku ini..
ReplyDeleterampassss buku ni... hehe
DeleteMemang patut diharamkan.....
ReplyDeletesebelum bertambah kekeliruan di kalangan kanak2 kan
Deletekalau nak buat gogelate pun agak2 la ye,, kenape la diaorg ni nak sentuh bab2 agam. pakai nama lain xboleh ke... iskk.iskk
ReplyDeletehaa.... tu mungkin sbbnya..
DeleteSolehah baru tau hal ni sbb xtgk berita smlm. Kecoh jgk dlm wechat solehah smlm. Tu yg tertanya2. Nasiblah ada entri ini, dh paham skrg. Mmg patut diharamkan buku ni.
ReplyDeletezam pun keliru smlm, jd tak komen apa2.. pagi ni baru tahu sal sebab sbnr
Deletebanyak buku yang perlu dipantau dan di tapis sekarang ni.kena sesuaikan dengan pembacaan untuk kanak²
ReplyDeletetapi serius, banyak buku yang diterbitkan tanpa pemantauan mcm ni dan diedarkan di kedai2 buku.. bnyk kes dah jd mcm ni
Deleteni la jadinya bila di-traslate sebijik2 melalui google translate.. hehehe
ReplyDeletemungkin lah kn.. haha
Deletearghhh stress tengok benda2 yg 'direct translation' nih, stresss gua! dipersilakan ban dgn penuh dedikasi ( "-_______-)
ReplyDeletekan.. ahaha naik benci pun ada
Deletedeno pun ada baca gak pasal ni
ReplyDelete3 hari ni, ultraman jd popular
DeleteKena ketatkn pmantauan. Bleh mrosakkan akidab ni..
ReplyDeletepantau sebarng buku yg diterbitkan dan diedarkan ke kedai2 buku
Delete