e

Tuesday, April 22, 2014

DRAMA AKU ISTERINYA MINGGU KE EMPAT EPISODE 11, 12, 13, 14


Minggu ni merupakan minggu ke empat tayangan drama Aku Isterinya di Slot Akasia, dan sebelum anda teruskan menonton drama ini, jom lihat sepintas lalu sinopsis untuk episode 11 hingga 14.

Aku Isterinya Episode 11
Mikail terpaksa meninggalkan mesyuarat penting apabila menerima pesanan daripada Farhan tentang Mya. Dia cemas melihat keadaan Mya yang berpeluh-peluh menahan kesakitan. 

Aku Isterinya Episode 12
Adam datang ke pejabat Mikail untuk mengajak Mikail keluar bersamnya tetapi Miakil terpaksa menolaknya kerana dia membawa bekal yang dimasak oleh Mya. 

Aku Isterinya Episode 13
Suzanne amat marah apabila melihat kemesraan Mikail bersama Mya di KLCC. Dalam pada itu, Mimi memaklumkan kepada Datin Adiba yang Lisa telah menghubunginya. 

Aku Isterinya Episode 14
Mikail memberitahu Mya bahawa dia ada berjumpa dengan Lisa iaitu bekas kekasihnya. Mikail menyakinkan Mya bahawa dia tidak akan bercinta dengan Lisa lagi.

4 comments: