e

Wednesday, April 9, 2014

Siapakah Jeremy Little?

Assalamualaikum & selamat malam semua.

Baru sebentar tadi Zam terbaca di laman sesawang Astro Awani berkenaan seorang penggiat seni tanah air~ Jeremy Little yang dikhabarkan telah meninggal dunia semasa menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah, malam semalam. Mungkin ramai yang tidak begitu mengenalinya, sama seperti Zam, tapi difahamkan beliau merupakan seorang penggiat & penyokong industri seni terutamanya di dalam bidang muzik indie di negara kita dan dikenali di kalangan rakan artisnya.



Kerjaya di belakang tabirnya sebagai seorang pengarah di syarikat rakaman Laguna Music mungkin penyebab yang membuatkan kita tidak begitu mengenalinya. Apapun sebagai seorang pemuzik, penerbit dan usahawan, beliau banyak menyumbangkan tenaga dalam industri seni dan mengetengahkan beberapa pemuzik bebas seperti SevenCollar T-Shirt, Estrella, Guba, Pure Vibracion and Lab The Rat (mungkin peminat muzik indie lebih mengenali mereka.) (sumber)

Mungkin ada yang diantara anda yang tahu tentang filem lakonan Redza Minhat- KILL sebelum ini. Untuk makluman anda, Jeremy merupakan penerbit bersama untuk filem tersebut. Dan anugerah terbaru yang diterima oleh beliau di dalam Anugerah Skrin juga adalah menerusi filem ini.


Filem terbitan Jeremy yang dilakonkan oleh Redza Minhat

Berita pemergian Jeremy juga diwar-warkan oleh rakan-rakannya di Twitter, termasuklah ulama dan mufti terkenal ~Mufti Ismail Menk. (Sebelum ini Zam pernah ceritakan mengenai Mufti Ismail Menk di entri ini). 

Apapun, sebagai muslim yang bersaudara, ada moleknya jika kita menghadiahkan al Fatihah buat saudara kita, Jeremy Little. Pemergiannya di usia yang muda pasti meninggalkan kesan dan satu ingatan kepada kita semua.

1 comment: