Assalamualaikum dan selamat malam.
Rentetan dari entri semalam SANGKAR KUCING MURAH, Zam telah menempah satu sangkar kucing dengan pihak KUCING4SALE dan seterusnya ke Taman Desa untuk mengambil sangkar tersebut sebelum Solat Jumaat petang tadi. Alhamdulillah, ada rezeki untuk Zam kerana model sangkar yang Zam inginkan hanya tinggal satu itu sahaja, sebelum stoknya masuk semula Isnin ini.
Terima kasih juga kepada pihak peniaga kerana sudi menyimpankan sangkar tersebut untuk Zam sebelum Zam pergi mengambilnya. Mujur juga Zam telefon beliau lebih awal pagi tadi untuk menempahnya, kerana tak lama kemudian ada pelanggan lain yang mencari model sangkar yang sama.
Pada yang berminat untuk melihat jenis sangkar dan harganya, boleh lihat di KUCING4SALE ya.
PS: Harap urusan membawanya pulang ke Kuching Isnin ini berjalan lancar. Zam baru sahaja study tentang saiz dan berat bagi satu-satu bagasi yang ditetapkan oleh pihak AirAsia. Harap-harap dapat lepas lah sebab ikutkan perkiraan Zam, ukuran tu memang menepati piawaian AirAsia.
bgusnya..hopefully semua urusan selesai!
ReplyDelete