Ingat lagi kisah Zam sebelum ini mengenai Sangkar Kucing Murah dan Ke Taman Desa Untuk Mengambil Sangkar Kucing? Rentetan dari kisah itu ialah pada Isnin baru-baru ini bila Zam membawanya ke KLIA2 untuk diterbangkan bersama ke Kuching (cuti sekolah dah habis, jadi Zam akan pulang ke Kuching).
Sememangnya Zam agak risau, kerana ini kali pertama Zam membeli elaun bagasi berdaftar (checked baggage) dari AirAsia (kalau carry on baggage tu biasalah sebab bawa barang sikit-sikit je). Bukan apa, Zam ada pengalaman tak best sebelum ini dimana Air Asia sangat strict dengan syarat-syarat elaun bagasi berdaftarnya (pada masa tu bagasi berdaftar tidak dikenakan bayaran).


