e

Saturday, November 1, 2014

Kena Tindih Masa Tidur Di Rumah Kawan

Assalamualaikum dan selamat malam pembaca semua.

Mungkin ada yang perasan, hari ni Zam sangat lewat menulis entri pertama. Sebabnya, sejak petang semalam selepas maghrib, hingga pukul 4 petang tadi Zam habiskan masa dengan rakan-rakan. Dan dalam masa yang sama, Zam bermalam di rumah mereka. Nak dijadikan cerita, bateri tab dan handset dah habis, dan Zam tak bawa charger bersama ketika keluar. Sebab tu tak dapat update blog.

Apapun malam tadi, selepas selesai menonton Maharaja Lawak Mega Kerusi Panas, Zam tidur di ruang tamu. Rakan yang keluarkam tilam dan bantal untuk Zam tidur. Mereka, tidur di bilik masing masing. Kalau di rumah sendiri, Zam akan pasangkan lampu ruang tamu untuk cerahkan sikit suasana malam, tapi disebabkan Zam dirumah mereka, Zam tutup lampu dan seluruh rumah gelap gelita.

Tak lama untuk Zam tertidur setelah kepenatan seharian. Tapi, tiba tiba Zam rasa pelik. Zam sedar Zam tengah baring, macam separa sedar tapi tak dapat gerakkan badaan. Macam kena tindih. Tak selesa, Zam cuba usaha untuk gerakkan badan. Susah juga sebenarnya. Lepas meronta badan termasuk membuka mulut dengan ayat Kursi, barulah zam dapat bangkit dari tidur dan gerakkan badan.

Masa tu pukul 1.54 pagi.

'Badan kena tindih' sebenarnya istilah yang Zam gunakan untuk merujuk situasi badan terlampau letih, sehingga wujud keadaan separa sedar ketika berbaring tidur dan tak dapat gerakkan badan. 

Secara saintifik, ia dinamakan SLEEPING PARALYSIS.

Tapi kadang kadang lepas tu, rasa takut dah nak tidur semula sebab takut alami situasi yang sama.
Jadi apa Zam buat? Zam buka tv, perlahankan suara dan tonton seorang diri. Takut mengganggu rakan yang sedang tidur. Sampai pukul 3 lebih Zam layan ulangan Masterchef Australia,  sebelum Zam tidur semula tanpa gangguan.

Pukul 6, rakan kejutkan Zam untuk solat subuh..

9 comments:

  1. OOO...kira ada hntu @ roh ke menumpang?

    ReplyDelete
  2. Orang bujang selalu kena nih..sebab dulu akak pun selalu jugak kena masa belum kawen.lepas kawen tak de dah..jadi cepat2 kawen la..hahahh..tak de la.

    Sebenarnya kita kena tindih tu sebab letih dan stress.

    ReplyDelete
  3. Pernah kena masa kecik-kecik dulu..

    ReplyDelete
  4. tu sebab takut nak tidur lewat...hehehhe :)

    ReplyDelete
  5. pernah juga terjadi dulu..tak pasti apa punca sebenar ini terjadi

    ReplyDelete
  6. macam menakutkan je,,iqha pernah kena time kat kolej last sem,,tapi mcm mimpi dalam mimpi..lagi scary kot drpd yang zam kena..huhu

    ReplyDelete