e

Monday, January 19, 2015

Rahsia Telur Dadar Jadi Lebih Sedap Dan Beraroma

Assalamualaikum dan selamat petang.

Telur-sejenis protein yang boleh disediakan dalam pelbagai cara dan kaedah masakan, selain menjadi bahan penting dalam masakan lain. Dan semestinya menu yang paling mudah disediakan dengannya adalah telur goreng dan telur dadar. Tapi pernahkah anda tahu cara menjadikan telur dadar lebih enak dan beraroma?

Ha.. Nak dijadikan cerita, sewaktu Zam ke rumah kawan untuk menyaksikan AJL bersama, kami masih belum makan malam jadi rakan Zam masakkan telur dadar. Resepi biasa orang bujang. Penat nak masak yang rumit sebab kami baru balik dari berjalan jalan.

Siap saja menu tu, Zam tiba tiba tertarik dengan baunya. Cukup beraroma dan menyelerakan. Walhal ia telur dadar biasa.

Lepas makan, baru Zam perasan teksturnya sedikit lembap. Maksudnya, telur dadar tersebut tidak dimasak terlalu lama sehingga kering. Sedikit mentah yang buatkan ia masih beraroma kuat dan sedap. Tambah pula dengan sedikit hirisan cili, bawang merah, bawang putih yang dipenyek dan garam secukup rasa seperti biasa, buatkan aroma nya lebih menyelerakan.

Entah kenapa Zam tak terfikir cara tu sebelum ni. Nampak gayanya banyak lagi Zam nak kena menuntut dalam ilmu masakan ni, biarpun dalam perkara yang asas.

Biarpun tak ada rupa, tapi ada rasa.. hehe

9 comments:

  1. bau bawang tuu menaikan aroma bau telur tuuu..huhuhu

    ReplyDelete
  2. saya lebih suka telor campu bawang merah banyak2x. :D

    ReplyDelete
  3. hihi xda rupa pun xpa..tp siyess telur dadar di kedai lg sedap dr bt di rumahh..knapa ekk?

    ReplyDelete
  4. All time feveret. Akak memang berselera kalau makan telur dadar. Tapi yang buatan sendiri punya la...

    ReplyDelete
  5. rupa tak penting...jangan makan sedap je :)

    ReplyDelete
  6. saya tak suka bubuh bawang putih...boleh tambah cili merah panjang..

    ReplyDelete
  7. sedap..campurkan mayonese bertambha sedap

    ReplyDelete
  8. yg penting sedap Zam... saya suka letak sambal belacan dalam telur dadar saya... sedap!
    Resepi pancake korea http://enyyusnizar.blogspot.com/2015/01/korean-pancake-yang-sangat-sedap.html

    ReplyDelete