e

Tuesday, March 15, 2016

Boboiboy Kuasa 7 Antara Tarikan Untuk Menonton Boboiboy The Movie

Boboiboy The Movie Tampilkan Boboiboy Kuasa 7


Assalamualaikum readers.

Semalam, Zam berkesempatan menonton filem Boboiboy di GSC IOI Mall Putrajaya untuk tayangan pukul 8.40 malam. Filem berdurasi selama 1 jam 30 minit tersebut sememangnya dipenuhi aksi bermula dari awal-awal plot lagi.

Semasa hendak memasuki panggung, Zam terdengar ada di kalangan kanak-kanak yang menyebut perkataan "Boboiboy Kuasa Tujuh". Zam terfikir, mungkinkah itu yang akan ditunjukkan dalam filem ini nanti. Setelah menontonnya, barulah Zam tahu Boboiboy dapat berpisah jasadnya kepada tujuh kuasa elemen alam semula jadi untuk menentang musuh.

Boboiboy Kuasa Tiga pun sudah cukup mengujakan, apatah lagi Boboiboy Kuasa Lima dan Boboiboy Kuasa Tujuh. Mungkin itulah tarikan utama untuk menonton filem ini kerana ia membuatkan imaginasi penonton menerawang melihat aksi Boboiboy Kuasa Tujuh menentang kuasa jahat dengan gaya serangan yang hebat dan unik.


Boboiboy Kuasa Tiga (Taufan, Gempa, Halilintar)

Boboiboy Kuasa 5- Termasuk Blaze (bawah kiri) dan Ais (bawah kanan)



Jadi bagaimana pula dengan Boboiboy Kuasa 7?

Buat masa ini, belum ada gambar untuk dikongsikan. Carian di Google juga tidak berjaya menemukan 2 gambar terbaru Boboiboy dengan 2 elemen terbaru. Tapi percayalah, kedua-duanya akan muncul di plot akhir filem ini. 

Kalau nak tahu, bolehlah menonton filem ini di panggung berdekatan dengan pembaca ;)

6 comments:

  1. best ke ye?
    11 hri colect 8juta cita katun ni ..huhu

    ReplyDelete
  2. Berapa bintang kamu nk bagi untuk movie ini yerr?

    ReplyDelete
  3. Kuasa 7...boboiboy tumbuhan dan solar...

    ReplyDelete
  4. Best harap ada lagi movie lain
    Buat cerita boboiboy
    Pergi menjelajah ke angkasa

    ReplyDelete
  5. Aku tahu boboiboy kuasa 7 apa alu dh tengok boboiboy the movie bila 4 march 2016 dia termasuk Boboiboy Halilintar'Taufan'Gempa'Blaze'Solar'Daun

    ReplyDelete
  6. Boboiboy Kuasa 7 Termasuk Boboiboy Power: Halilintar'Taufan'Gempa'Blaze'Ice'Daun'Solar/Besi

    ReplyDelete