e

Showing posts with label Collectibles. Show all posts
Showing posts with label Collectibles. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

Tambah Koleksi Amirul

Datang je cuti sekolah, sblm balik ke Semenanjung, biasanya aku akan cari koleksi terbaru di Toy'R'us. Ini untuk Amirul mainkan time cuti ni.



Ni lak koleksi cuti sekolah hujung tahun 2010

Sunday, April 4, 2010

Review on Jungle Pride Megazord + Battle Megazord

I've just bought a new Battle Megazord (inside the box) after my 1st collection of Jungle Pride Megazord from Power Rangers Jungle Fury siries.



Battle Megazord are consist of:


Lion


Wolf


Chameleon

Combination of Jungle Pride Megazordand & Battle Megazord







Saturday, March 13, 2010

Shopping Again~ [ sebelum balik bercuti X) ]

Esok Zam dah nak balik KL. Cuti sekolah selama seminggu. Jadi, macam biasa, rutin Zam sebelum balik bercuti pun bermula~ Shopping! hehe

Jadi Zam ke Shopping Mall yg baru di buka di Kuching, The Hills.



Zam terus ke Toys'R'uS, kalau tak silap yg pertama di Kuching. Niatnye nak cari sesuatu untuk dibawa balik untuk anak saudara di Serdang nanti



Dah dapat apa yg dicari, Zam makan kat Marry Brown.. Lapar sangat tak makan apa2 dr pagi



Kemudian Zam ke Parkson yg berdekatan.. mulanya Zam dah ingatkan diri Zam, supaya jgn masuk ke Parkson, sbb mesti terbeli sesuatu nanti. Dahlah tengah nak berjimat nih. Tapi mcm ade sesuatu je yg memangil2 masuk. Hehe. Tahu2, mmg tengah sale. Ade baju Nicole nih, jadi murah giler lepas less 70%. Beli je la, ape lg! huhu



Pastu beli kek lapis kat tempat biasa.. Adik tu kenal aku lg.. hehe.. Layan je lah.. Zam pun lame gak kat situ, asyik duk merasa sample2 kek.. susah lah nak pilih mana yg betul2 berkenan.. Last2 amik je lah mane2 ;p


samelah pulak ngan warna baju ;p

Ni mainan yg Zam beli kat Toy'R'uS td.. Robot Power Rangers Jungle Fury.. Ade sale sampai 7 hb 4..



Battle mode..

Tuesday, February 16, 2010

At last I've found u!



Mulanya, 6 Febuari lepas Ecah yg mula2 letak gambar Pooh & Stitch ni kat FB. Katenye dibeli di Watson. Lps tu mulalah aku & Along mencari kat farmasi tu. Along mmg nak tambahkan koleksi Stitch nya. Cume aku jek tak jumpe lg kat sini.. Mungkin Sarawak lambat sikit sampainye.. Jd aku beli jek keychain lain gantikan Pooh & Stitch yg aku tak jumpe tuh..



& tak sampai seminggu lps tu, mase tgh jejalan kat bandar, aku terasa mcm nak masuk dlm Watson.. Tak sangka, masa tu koleksi Disney tu dah ade.. Sokerlah aku.. Tp sblm beli tu kena purchase 20ringit ke atas kat Watson.. Okeylah, aku mmg nak beli brg pun kat situ..

Akhirnye jumpe gak ;)

Monday, January 18, 2010

Shopping @ Water Front Kuching~

Isnin nya, beberapa hari sebelum ke Sabah untuk bercuti dengan keluarga yg akan dtg dr Serdang, aku keluar ke bandar Kuching mencari buah tangan untuk mereka. Biasanya aku akan ke sebuah kedai yg terletak di hujung deretan kedai cenderamata di Water Front. Harga barangan disana lebih murah, mungkin disebabkan kedudukannya yg terlalu jauh dr kedai2 yg lain.


Kain Pua Kumbu


Tas tangan dari kain Pua Kumbu untuk kakak aku di Putra Jaya..


..& tas tangan manik buatan tangan untuk Ma

Kemudian aku ke Parkson yg berdekatan. Jalan2 cuci mata. Sekali tu, terjumpa baju yang smart nih. Beli le~



..& kad ini, untuk seseorang..



Sempat gak selepas tu aku ke bahagian kanak2. Aku beli sesuatu yg boleh aku kongsikan dengan anak buah aku bila balik bercuti nanti ;)

Sunday, January 17, 2010

Program Bubur Asyura anjuran PERAKAN Malaysia



Ahad, 17 Januari, aku ikut kawan2 mengacau bubur asyura di IKM Kuching, anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan (PERAKAN). First time join nih, tahun lepas cume dengar2 jek. Tahun ni baru berpeluang ikut, biarpun aku tak berdaftar secara rasmi lg hehe.



Pagi tu mmg hujan lebat, tapi aktiviti dibuat bawah kanopi. Aku dok risau pogram tak jadi je hehe apepun pagi tu mmg ramai yg dah dtg. Dalam hati, aku dok pk nak cakap apelah dgn diorang nanti, sbb takde sorang pun yg aku kenal. Lagi satu, aku tgh malu ni, sbb slang kelantan aku dah lama hilang.. huhu.. mesti diorang pelik bl dgr nt



Cara paling selamat, aku kacau bubur je, tak banyak cakap.. ade lah dekat sejam aku mengacau, sebelum org lain ambil alih. Hehe tp tak leh elak gak, bila orang tanya itu ini. Hehe keluarlah loghat kelantan aku yg 'bolok' tu haha belasah lah janji aku tak jd kera sumbang hari nih :p



Ade lima kawah bubur yg dimasak hari ni. Banyak gak ae..

Petangnye, berhenti solat Zohor berjemaah dulu.. Adelah beberapa org rakan yg duduk tunggu & mengacau di bawah kanopi. Bergilir2 lah kami membuatnye. Mmg tak terasa sangat penatnye sbb ramai yg datang membantu.


Kereta siapa ni ye.. aku minat tul Toyota Camry nih..

Solat Zuhur hari ni diimamkan oleh tetamu VIP kami, YB Mohd Nassuruddin B Daud, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB Mohd Nassuruddin B Daud.


Tazkirah selepas solat Zohor..


Saat penyerahan sumbangan dr kerajaan negeri Kelantan kepada wakil Perakan bahagian Sarawak..

Kembali mengacau bubur selepas solat..



& sebahagian yg lainnya dijemput menikmati juadah tengahari yang telah disediakan oleh pihak pengurusan :)

..menyambung kembali tugas, dan orang yang berkumpul semakin ramai..

Merakamkan saat tetamu VIP turun padang mengacau bubur asyura bersama2 ahli persatuan



masa ni, kami dah siap dengan bekas untuk diisikan dengan bubur.. get ready..

and GO!!

Meriah2 ;)



Selesai mengambil bahagian masing2, kami berangkat pulang. Sebelum tu sempatlah merasa sikit bubur yg dimasak di situ.

Malamnya, kami keluar lagi. Kali ni, jalan2 cuci mata di Spring, Kuching. Adelah, aku jumpe dua helai baju ni yg ada nostalgia kat aku. hehe ape ye? Ade lah seseorang tu.. dia mesti tahu ;p


Kat mana2 pun, mesti aku terjumpa baju nih.. ada kenangan nih..

Jalan-jalan lagi, aku terjumpa lak kedai hobi.. Ape lg, masuk lah~


Stitch! Tp tengoklah harga dia tuh.. huhu..


Set model 'Putera Katak' and the Geng!


Care Bear~ teringat zaman kanak2 aku dulu

Lapar, kami singgah ke Big Apple..

Alamak.. terlebih gula lah aku mlm ni.. Manis sangat.. Tiga ketul ni pun dah kenyang

& sebelum balik tu, tengok persembahan budak2 UNIMAS ni.. Aku memang suke giler persembahan gamelan.. buatkan aku jd asyikk ;)

Sunday, December 6, 2009

Saturday shopping

Semalam, aku ke KL, ikut adik aku yg mengajak ke Sogo sejak kelmarin lagi. Mase sampai tuh, (pukul 11), orang dah ramai kat sane.



Puas pusing2 kat mens department tuh, aku tak jumpe ape2 yg betul2 menarik untuk aku beli. Kalau adepun cume baju T Renoma, tp mengenangkan harganya yg masih mahal walaupun telah di less (50%), aku batalkan niat tuh. Malas dah nak membazir. Yang ade ni pun belum berbayar lg :p (thats mean, I paid using credit card)

Adik aku jela, banyak gak dia shopping semalam. 1st time kuar dgn dia, & 1st time gak dia shopping mcm ni. Yelah sejak dah berduit sendiri ni kan, kalau tak dulu Ma yg belikan.

Selesai kat bahagian tu, aku naik atas lagi, tempat pakaian kanak2 & permainan. Lame gak aku habiskan mase kat situ, tercari2 barang yg sesuai aku berikan untuk anak abang aku yg duduk di Cheras, sbb ptg tu lps ke Sogo, kami cadang nak singgah ke rumahnya. Last2, aku beli mangkuk & cawan Barney ni.



Ni pemandangan dr balkoni rumah abang aku. (Apehal lah dia duduk kat tempat tinggi mcm ni, aku gayat~)



Sebenarnya, mase tengah cari barang untuk anak abang aku tuh, aku terjumpa mainan Power Rangers ni, keluaran Bandai (thats mean, original), diskaun gile2. Dari RM46 jd seploh ringgit jek. Aku angkat 2, yg merah untuk Amirul, & yg pink untuk Amirah. Sesuai sangat lah tu :p





Mase untuk rakamkan beberapa aksi Power Rangers~