e

Showing posts with label HAPPY BIRTHDAY. Show all posts
Showing posts with label HAPPY BIRTHDAY. Show all posts

Tuesday, December 22, 2015

22 Dis: Selamat Hari Jadi Buat Blogger Ini



Assalamualaikum readers..

Hari ni 22 Disember, merupakan hari jadi seorang blogger ni. Setiap tahun, Insya Allah tak pernah lupa wish kat blog.. Kalau nak tahu siapa blogger yang dimaksudkan (atau mungkin ada yang dah tahu, tak kisahlah), boleh hit ke PAUTAN INI.

Sunday, March 9, 2014

Selamat Hari Jadi Buat Azah Chan & Adik Aisyah KZ


Assalamualaikum & selamat malam semua. 

Sebelum hari ini melabuhkan tirainya tepat pukul 12 nanti, Zam nak wish cepat-cepat Selamat Hari Jadi kepada rakan Zam sejak darjah 1- Azah Chan @ Art By Azah Azrina dan juga blogger Adik Aisyah KZ, yang Zam dah anggap macam adik sejak kenal 2008 dahulu. Serius Zam terlupa hari ni- 9 Mac birthday mereka.

Sebelum ni, memang banyak Zam kongsikan artikel tentang Art By Azah Azrina di blog, dan tak ketinggalan juga tentang majlis perkahwinan Aisyah KZ. Dan sejak mula menulis blog ini, adik Aisyah KZ selalu menjadi bahan Zam di blog (jangan marah ae.. hehe).Jadi di hari istimewa mereka ini, Zam tak mahu terlepas mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada mereka seperti selalu :))

Kepada anda berdua, semoga apa yang dihajatkan selama ini akan ditunaikan, serta dipermudahkan urusan dalam menjalani kehidupan seharian. Tak lupa juga, semoga berbahagia selalu bersama insan tersayang ya :))


Sunday, December 22, 2013

Selamat Hari Jadi Blogger ERAZ FADLI!!



Assalamualaikum & selamat malam semua.. Entri kali ini special sebenarnya, sebab hari ini- 22 DISEMBER 2013 merupakan hari jadi kepada BLOGGER ERAZ FADLI. Yang keberapa tu, tanya dia k.. Hehe.. 

Jadi di kesempatan ini, Zam nak ucapkan semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berbahagia bersama isteri, anak & keluarga tersayang. Tahun lepas, Zam sempat meluangkan masa dengan dia sewaktu hari jadinya kerana kebetulan, Zam ada urusan di tempat yang sama dengannya. Tahun ni, tak ada rezeki kot sebab masing-masing ada urusan sendiri.

Apapun, jom terjah ke blog beliau dan wish untuk ulangtahun kelahirannya yang ke...... ini.. Hehe.. Kalau lah dia ada depan mata sekarang ni, memang Zam dah sediakan tepung awal-awal.. Tak pasal pasal ada yang jadi tepung gomak nanti ;p

Monday, June 25, 2012

KAD HARI JADI Dari NUBHAN.. NiCE!

Kad Ucapan HARI JADI Dari NUBHAN.. NiCe



Minggu lepas, masuk je bilik guru bila selesai mengajar, aku perasan ada sepucuk surat diletakkan atas netbook. Tengok je sampul, aku dapat agak apa isi di dalam. Tersenyum jap bila sampul tu dibuka.. Macam tahun tahun sebelum ni, mereka tak lupa untuk hantar kad ucapan hari jadi.. Hehe.. Thanks Nubhan.. Thanks NUBIES.. Ingat lagi korang kat Zam ya.. Lama giler dah tak join aktiviti dengan mereka, kali terakhir masa perlawanan bowling antara Nubhan FC & Tomok FC 2 tahun lepas.. Sekarang ni Zam makin sibuk, & jarak yang membataskan. Insya Allah kalau ada event lagi lepas ni, & kalau berpeluang, Zam akan turun padang.. THANKS Again!

(Hari jadi dah nak dekat.. nampak gaya sambut sorang2 lagi lah kat Kuching tahun ni)


Friday, June 22, 2012

Happy Birthday Kepada Blogger Ini! SIAPA? Jom Terjah!

Selama ni, beliau dikenali Zam sebagai seorang blogger yang sangat bersopan santun.. Mana tidaknya, di blog sesiapapun, setiap kali beliau tinggalkan komen di setiap entri, pasti beliau mulakan dengan SALAM yang penuh! Dan beliau antara blogger yang sangat, sangat rajin ke blog Zam ni. Siapakah blogger yang Zam maksudkan itu? Beliau ialah..


Kak Maszull! Selamat Hari Jadi Kak! Zam sebenarnya baru add FB Kak Maszul ni semalam, & masa itulah Zam perasan birthday Kakak ni hari ni! All the best untuk Kak, & semoga hidup ni sentiasa dimurahkan rezeki & diberkati~ Thanks sebab selalu bertandang menyapa Zam di blog ni, ya :)) Zam tak ada hadiah, cuma sekeping kad maya buatan Zam ni je sebagai ganti.. Hehe


Thanks again Kak Maszull, untuk sokongan selama ni :))