e

Showing posts with label Monday Blues. Show all posts
Showing posts with label Monday Blues. Show all posts

Monday, October 12, 2015

Dilema Monday Blues Melanda Di FB Hari Ini.. Boleh Zam Tahu Pendapat Anda?

Assalamualaikum readers..

Monday blues

Biasalah kita akan perasan perkara tu jadi isu di FB sehari sebelum hari Isnin, atau pada hari Isnin itu sendiri. 

TAPI kenapa hari ini, serius ramai pengguna FB (dari pengamatan Zam) yang meluahkan mood Monday Blues mereka di FB. Lebih ramai dari Isnin-Isnin sebelum ini. Kenapa ek?

Bila jadi macam tu, Zam assume mungkin ramai yang telah menikmati  hujung minggu yang menyeronokkan, kemudian perasaan seronok tu berlalu dengan cepat dan mereka sedar mereka perlu kembali menghadapi kerja mereka yang bertimbun pada hari Isnin.

Adakah anggapan Zam betul?

Adakah hari Isnin tidak disukai kerana bebanan tugas yang menanti?

Atau kerana rasa tidak puas bercuti 2 hari di hujung minggu?




Friday, February 21, 2014

Mood Hari Sabtu Selalunya Macam Ni



Assalamualaikum & selamat tengah hari semua. Sebelum ke masjid sebentar lagi, Zam nak kongsikan pendapat Zam tentang hari Sabtu yang biasanya dinantikan sebilangan besar dari kita ni. Lumrahnya, hari Sabtu ramai yang cuti kan, sebab tu ramai yang happy bila dapat berehat lepas 5 hari bekerja. Bagi Zam sendiri, pagi Sabtu lah yang pagi yang paling best sebab Zam bangun dari tidur dalam dalam keadaan yang tenang sebab tak perlu bergegas dan bersiap untuk ke tempat kerja. Lepas tu, sepanjang hari boleh bersantai, & kalau tak pun keluar berjalan-jalan.. 

Ada sesiapa yang sependapat?

Tuesday, September 17, 2013

Mesti Ingat Hari Ni Isnin!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua :D Bangun pagi tadi, macam biasa Zam akan mula memikirkan tentang subjek yang akan diajar hari ini.. Bermula dengan perhimpunan, diikuti dengan Sains dan..

Eh! Perhimpunan apanya di hari Selasa ni? Baru teringat hari ni Selasa bukannya Isnin. Akibat cuti semalam, terasa hari ni macam hari Isnin. Kalau orang lain, mungkin tak ada kesan langsung, tapi kalau Zam, takut termasuk kelas cikgu lain dan dengan selambanya mengajar ikut jadual Isnin.

Ps: Nak tengok ada tak rakan lain yang jadi macam tu hari ni.. Heh heh ;)


Monday, June 18, 2012

LOL! INIKAH WAJAH KITA DI PAGI ISNIN?? (4 GAMBAR)

Beginikah Wajah Wajah Kita Di Pagi Isnin? Jom tengok!

PAGI ISNIN. Pasti ramai di kalangan kita yang berada dalam mood yang agak down dari hari2 lain. Maklumlah, selepas 2 hari bercuti, rasa agak keberatan je nak masuk kerja & mengadap tugasan2 yang menimbun semula. Pada yang sentiasa ceria di pagi Isnin, TAHNIAH diucapkan! Anda memang PEKERJA CEMERLANG macam BELIAU ini!

Apapun, jom tengok gambar2 ni~ Adakah begini wajah kita di setiap hari ISNIN??


MUKA TOYE.. Malas nak mandi pagi


MUKA STRESS.. Awal2 pagi dah kene bising dengan bos!


Muka Takut.. Takut bos marah kerje banyak tak siap kot


Ataupun.. Mungkin korang berkesudahan macam ni di pagi Isnin!


Isk isk isk.. ;p