Assalamualaikum & Selamat Pagi :)) Hari ini- 29 Jun 2013 genaplah tempoh setahun sejak Irma Hasmie & Redza Syah melangsungkan perkahwinan mereka. Tahniah & Selamat Ulangtahun Pertama Perkahwinan Zam ucapkan kepada pasangan ini. Dan sejak tarikh itu juga sehingga kini, sebanyak 30 entri telah dihasilkan berkenaan kisah hidup pasangan ini, yang mana kebanyakannya adalah pecahan kepada entri koleksi fotografi perkahwinan mereka, perkembangan Irma Hasmie semasa tempoh kehamilan & perkongsian gambar anak mereka ~ Redza Syah Irfhan. Alhamdulillah, kisah & gambar selebriti kesayangan ramai ini telah menarik sejumlah 101,545 pageview ke blog Zamani Abe untuk tempoh setahun ini~ Terima Kasih!
