e

Saturday, June 29, 2013

Genap Setahun, 30 Entri, 101545 Pageview Hanya Kerana Artis Ini!



Assalamualaikum & Selamat Pagi :)) Hari ini- 29 Jun 2013 genaplah tempoh setahun sejak Irma Hasmie & Redza Syah melangsungkan perkahwinan mereka. Tahniah & Selamat Ulangtahun Pertama Perkahwinan Zam ucapkan kepada pasangan ini. Dan sejak tarikh itu juga sehingga kini, sebanyak 30 entri telah dihasilkan berkenaan kisah hidup pasangan ini, yang mana kebanyakannya adalah pecahan kepada entri koleksi fotografi perkahwinan mereka, perkembangan Irma Hasmie semasa tempoh kehamilan & perkongsian gambar anak mereka ~ Redza Syah Irfhan. Alhamdulillah, kisah & gambar selebriti kesayangan ramai ini telah menarik sejumlah 101,545 pageview ke blog Zamani Abe untuk tempoh setahun ini~ Terima Kasih!

PS: Zam mula sedar entri berkenaan Irma Hasmie mendapat sambutan hangat dari pembaca sejak menulis entri kedua mengenai majlis perkahwinan pasangan ini. Mulai hari itu, Zam terus menghasilkan lebih banyak entri yang berkaitan, & ternyata pembaca terus mengunjungi blog Zam biarpun kebanyakan entri yang dihasilkan mempunyai gnere yang sama- fotografi perkahwinan. Alhamdulilah, dengan cara memecahkan & mengasingkan gambar-gambar tersebut kepada tajuk tajuk yang berbeza, Zam mampu menghasilkan lebih banyak entri & dalam masa yang sama memberikan kelainan pada setiap entri buat tatapan pembaca & peminat~ :))

9 comments: