ADAKAH HADITH INI HADITH YANG SAHIH? "BARANG SIAPA YANG MENGINGATKAN KEDATANGAN BULAN INI (SYA"BAN), HARAM API NERAKA BAGINYA.."

Salam semua :) Semalam, aku terjumpa perkongsian di atas di laman sosial FACEBOOK. Bagi sesiapa yang pertama kali mendengar/membaca/mengetahui tentangnya, pasti merasakan hadith ini menarik. Sebagai umat Islam, siapa yang tidak mahu beroleh kedudukan yang baik di hari pembalasan kelak, kan? TETAPI.. Aku terfikir.. Adakah sebegitu MUDAH untuk kita beroleh SYURGA di AKHIRAT KELAK?
Aku bukanlah seorang yang alim, arif dalam bab agama & hadith. Cuma sewaktu membaca petikan 'hadith' ini semalam, timbul rasa curiga di hati.. Terdetik dalam diri, tak kan sebegitu mudah untuk beroleh balasan yang baik di akhirat kelak (terhindar dari api neraka.. perghh bukan mudah tu!).. Apa pula pendapat korang? Ini sekadar pendapat aku la.. Aku sedar, rahmat Allah SWT tu luas, kalau Dia inginkan hamba Nya beroleh syurga kerana amalan ringan & mudah sekalipun, itu tak mustahil.. Tapi dalam hal ini, lain.. Bahaya juga kalau menyebarkan hadith yang boleh menimbulkan rasa curiga & keraguan..
Dan pagi ini, aku terjumpa satu lagi perkongsian menarik tentang 'ayat' yang dikatakan sebagai hadith diatas. Ia adalah pertanyaan seorang muslimah, Nurul Farhana Md Yusuf kepada Ustaz Azhar Idrus di Facebook:

"Assalamualaikum ustaz, ana ada dapat msj yg mengatakan: Nabi Muhammad saw bersabda: barang siapa yang meningatkan kedatangan bulan ini (sya'ban) kepada saudara yang lain maka diharamkan api neraka bg nya..
apakah betul perkara tersebut??..
syukran Ustaz..
Dan ini pandangan Ustaz: "wslam.. bukan hadith sahih atau hadith hasan yang boleh dijadikan hujah menurut sesetengah ulamak.."
Kesimpulannya, jika berasa ragu ragu dengan sesuatu hadith itu, baik kita diamkan dulu & jangan disebarkan. Aku faham.. Siapa yang tidak mahu beramal soleh & berbuat baik.. Aku pun nak.. Apapun, kita tanya dulu pada yang pakar sebagai tempat rujuk, k.. Agar tidak timbul salah faham yang lain.. Sekadar perkongsian bersama.. ;)