Assalamualaikum dan selamat petang semua. Dah masuk sebulan rasanya, sejak feed blog zam bermasalah-sekejap ok, sekejap tidak. Zam dah cuba perbaikinya sebelum ini, dan alhamdulillah feed blog Zam kembali pulih selepas itu. Namun, masalah itu datang kembali beberapa hari kemudian.
Terbaru, entri Zam sebelum ini: Alhamdulillah.. Terima Kasih Untuk Doa Anda. Selepas sejam lebih dipublish, ia tidak naik di bloglist Zam dan bloglist rakan blogger yang lain. Kenapa perkara macam ni berlaku ya? Bingung juga Zam dibuatnya. Ada rakan blogger di sini yang dapat membantu?
Ps: Rasa tak seronok pula bila entri ada, tapi pembaca kurang sebab masalah ini.

