Alhamdulillah..! Akhirnya selepas 2 bulan..!!
Hari yang ditunggu-tunggu oleh Zam akhirnya tiba.. Sejak awal tahun dulu Zam tunggu sampailah hari ni, bila dihitung semula, cun cun 2 bulan.. Alhamdulillah.. Rasa gembira juga dengan apa yang Zam perolehi hari ni.. Memang tak sangka..
Chop chop.. Ni pasal apa pulak ni Zamani Abe?
Haa.. Ingat tak pada murid Iban yang Zam ajar Bahasa Inggeris sebelum ni? Selama dua bulan ni, Zam betul betul rasa mencabarnya tugas walaupun sekadar nak dia pandai dan faham cakap "My name is.." bila ditanya "what is your name?".. Bila Zam tanya what is your name padanya, what is your name lah yang akan diulangnya semula.. Itulah yang sering berlaku selama ini.
Tapi tadi, dia berjaya jawab dengan lengkap apabila ditanya soalan itu.. "My name is ....(nama dirahsiakan)". Betapa leganya Zam, akhirnya selepas 2 bulan, dia tunjukkan perkembangan yang positif. Menurut ibunya juga, doktor turut mengesahkan dia mempunyai perkembangan positif dalam pertuturannya.. Alhamdulillah..

