e

Showing posts with label nelydia senrose. Show all posts
Showing posts with label nelydia senrose. Show all posts

Thursday, September 19, 2013

Cinta Jannah Episod 22- Tayangan Akhir Minggu Ini



Cinta Jannah Episod 22 pada malam ini merupakan tayangan terakhir untuk minggu ini di slot Akasia, sebelum 2 lagi episod ditayangkan pada minggu hadapan. Bersiaran sebanyak 24 episod, ternyata drama ini mendapat sambutan yang hangat dari peminat. Jadi, berikut disediakan sinopsis ringkas untuk episod ke 22:


Cinta Jannah Episod 22
 Nur Jannah memasak menu yang istimewa untuk Izaryl untuk kali yang terakhir. Air matanya mengalir. Izaryl masih termenung di pejabat. Dia malas mahu pulang ke villa. Izaryl masuk ketika Nur Jannah baru selesai solat.


Makin lama, mesti makin ternanti-nanti para peminat untuk mengetahui kesudahan drama ini, kan ;)

Wednesday, September 18, 2013

2 Minggu Terakhir Cinta Jannah: Episod 21


Assalamualaikum dan selamat malam. Cinta Jannah, Minggu Terakhir Episod 21. Semalam, Zam telah kongsikan entri tentang sinopsis keseluruhan drama Cinta Jannah dan episod 20 di Slot Akasia menerusi entri ini: 2 Minggu Terakhir Cinta Jannah: Episod 20. Hari ini, Zam kongsikan sedikit sinopsis dari Cinta Jannah Episod 21:

Cinta Jannah Episod 21
 Nur Jannah mengemas meja Izaryl. Tengku Zareena masuk. Tengku Zareena mahu Nur Jannah memujuk Izaryl supaya berkahwin dengan Damia. Tengku Zareena memberitahu Izaryl akan menjadi anak derhaka jika tidak patuh pada arahannya.


Tentu ramai peminat yang makin teruja untuk menonton drama ini memandangkan ia makin menghampiri episod akhir pada minggu hadapan, Episod 24 - 24 September. Jadi jangan ketinggalan untuk terus mengikutinya, okey ;)

Tuesday, September 17, 2013

2 Minggu Terakhir Cinta Jannah: Episod 20

Cinta Jannah, Minggu Terakhir Episod 20. Zam rasa ramai peminat drama ini yang teruja menantikan episod-episod di minggu-minggu terakhir ini. Bersiaran sebanyak 24 episod, dan hari ini ialah tayangan episod ke 20 di slot Akasia. Maknanya, ada 4 episod lagi dan tayangan terakhirnya ialah pada Selasa minggu depan. Secara jujurnya, Zam masih belum berkesempatan menontonnya dan ini menimbulkan kehairanan pada rakan sekerja Zam kerana dia tahu Zam adalah peminat Nelydia Senrose sejak menonton Setia Hujung Nyawa dulu. Bukan apa, sibuk dengan rancangan lain. Jadi sebelum Zam kongsikan sinopsis Cinta Jannah Episod 20 sehingga 24, ada baiknya Zam tahu jalan cerita mengenainya: