e

Showing posts with label parkson. Show all posts
Showing posts with label parkson. Show all posts

Saturday, April 26, 2014

Dilema Window Shopping, Teman Kawan Ke Parkson

Assalamualaikum dan selamat malam.

Meneruskan program hari ni, lepas beriadah ke Taman Sahabat, Zam ikut menemani kawan ke Parkson pula. Dia nak beli pakaian kerja, jadi Zam ikut sahaja, tapi Zam setakat window shopping jelah.

Jadi kenapa pula dengan dilema yang Zam sebut tu? Ha.. Dilema pada Zam sebab, ternampak baju baju cun tadi. Nak beli, macam tak molek pula sebab hari tu baru shopping baju..

Tapi kan.. Baju tu cun la..




Sunday, October 27, 2013

Senyum Zam Ni Dah Sampai Telinga Agaknya



Assalamualaikum dan selamat petang guys.. Ayat 'senyum sampai telinga' tu sebenarnya nak gambarkan perasaan Zam bila dapat 5 setem kat atas tu dari Parkson petang tadi. Kenapa? Dalam entri sebelum ini FIKIRAN YANG DIRASUK, Zam ada ceritakan yang Zam perlukan lagi 5 setem (untuk mencukupkan 10 setem kesemuanya) bagi melayakkan Zam menebus tawaran 50% potongan harga untuk peralatan memasak Tefal. Kiranya, kumpul dulu 10 setem dari Parkson, baru dapat beli set Tefal dengan harga istimewa potongan 50%. 

Friday, October 18, 2013

Akhirnya Zam Gunakan Baucer Parkson RM50 Terakhir Untuk..



Assalamualaikum & selamat malam. Sebelum ini Zam pernah tanya pembaca di blog mengenai apakah yang akan dibeli Zam dengan baucer terakhir RM50 dari Parkson. Ramai juga yang meninggalkan komen cadangan di entri ini, dan rata-ratanya mencadangkan baju. Terima kasih untuk maklumbalas tersebut ya ;) Apa yang menarik perhatian Zam, blogger NORMI NIEZA berjaya meneka dengan tepat apa yang bermain di dalam fikiran Zam waktu tu.. Macam tahu-tahu je minat Zam selama ini.. Cayalah ;D Pada rakan blogger yang nak tahu apa jawapan beliau, boleh hit di sini (klik).