e

Sunday, October 27, 2013

Senyum Zam Ni Dah Sampai Telinga Agaknya



Assalamualaikum dan selamat petang guys.. Ayat 'senyum sampai telinga' tu sebenarnya nak gambarkan perasaan Zam bila dapat 5 setem kat atas tu dari Parkson petang tadi. Kenapa? Dalam entri sebelum ini FIKIRAN YANG DIRASUK, Zam ada ceritakan yang Zam perlukan lagi 5 setem (untuk mencukupkan 10 setem kesemuanya) bagi melayakkan Zam menebus tawaran 50% potongan harga untuk peralatan memasak Tefal. Kiranya, kumpul dulu 10 setem dari Parkson, baru dapat beli set Tefal dengan harga istimewa potongan 50%. 

(Untuk makluman pembaca, dengan setiap pembelian bernilai RM30 di Parkson, anda layak mendapat 1 setem)

Dan apa yang bestnya, 5 setem terakhir diatas tu diberikan oleh staf Parkson apabila Zam bertanyakan jika dia ada setem lebih (yang tidak diinginkan oleh customer lain sebelum ini) untuk diberikan kepada Zam. Alhamdulillah, mereka ada menyimpannya.. Kalau tidak dengan cara itu, Zam kena belanjakan duit sendiri membeli belah di Parkson sebanyak RM150 untuk dapatkan 5 setem tu (5 setem X RM30 = RM150).. Memang berbaloi-baloi! 

16 comments:

  1. wow..lepas ni dapatlah beli set masak tefal

    ReplyDelete
  2. Rajin abe mengumpul stamp parkson nie..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sb nak beli tefal tu dgn separuh harga :))

      Delete
  3. REZEKI... Lepasnie hari-hari la masak sedap-sedap hihihiihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari2 taklah.. tp berguna utk bljr memasak yg lain dr sblm ni ar ;)

      Delete
  4. wah rezeki betul, tahniah heheh... lepas nih takde alasan utk tidak rajin memasak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya lps ni, rajin lah memasak.. hehe

      Delete
  5. boleh lew nak rasa masakan dari set masak tefal...hahaha
    rezekix2

    ReplyDelete