e

Showing posts with label tefal. Show all posts
Showing posts with label tefal. Show all posts

Wednesday, January 22, 2014

Nak Rasmikan Penggunaannya Malam Ni

(gambar sekadar hiasan)

Malam ni, Zam teringin nak masak sesuatu gunakan stewpot yang Zam beli dengan fry pan dari Tefal dulu. Kalau yang fry pan tu, memang dah banyak kali guna, cuma yang stew pot ni, hari ni lah baru nak rasmikannya. Harap resepi Zam untuk malam ni menjadi.

Agak-agaknye lah kan, apa Zam nak masak hari ni dengan stewpot ni? ;)


Ps: Sekarang ni, Zam angkut bahan-bahan memasak dari dapur bawak depan tv, sebab nak tengok MasterChef Australia.. Tak tahu nak tinggalkan mana satu.. Hehe

Monday, November 11, 2013

Masakan Pertama Dengan Tefal Tajaan Hasrul Hassan



Assalamualaikum guys.. Selamat petang.. Kali ni Zam nak cerita tentang menu pertama yang Zam masak dengan menggunakan kuali Tefal (yang Zam selalu ceritakan sebelum ni). Tentang 'tajaan', sebenarnya maksud Zam ialah Zam gunakan hadiah wang tunai dari blogger Hasrul Hassan untuk beli kuali Tefal idaman hati tu.. Macam mana Zam dapat hadiah tu, boleh klik sini. Jadi berbanyak terima kasihlah diucapkan kepada beliau.. Hehe

Sunday, October 27, 2013

Senyum Zam Ni Dah Sampai Telinga Agaknya



Assalamualaikum dan selamat petang guys.. Ayat 'senyum sampai telinga' tu sebenarnya nak gambarkan perasaan Zam bila dapat 5 setem kat atas tu dari Parkson petang tadi. Kenapa? Dalam entri sebelum ini FIKIRAN YANG DIRASUK, Zam ada ceritakan yang Zam perlukan lagi 5 setem (untuk mencukupkan 10 setem kesemuanya) bagi melayakkan Zam menebus tawaran 50% potongan harga untuk peralatan memasak Tefal. Kiranya, kumpul dulu 10 setem dari Parkson, baru dapat beli set Tefal dengan harga istimewa potongan 50%. 

Tuesday, October 22, 2013

Fikiran Yang Dirasuk


Assalamualaikum dan selamat petang. Sejak minat memasak ni kembali, Zam mula teringin nak pakai perkakas dapur yang tahan lama dan lebih baik kualitinya macam Tefal ni. Hidup single selama ni, tak pernah pun terfikir nak gunakan atau beli alatan memasak sampai macam tu. Selalu je memasak, tapi yang biasa biasa je lah..

Tuesday, September 10, 2013

Kalau Ikutkan Hati, Semua Pun Nak Dibeli



Dah dua hari sejak semalam, Zam ke Parkson di Plaza Merdeka untuk survey perkakas memasak. Semalam cuma sempat survey sekejap sebelum pulang ke rumah, jadi hari ni Zam luangkan lebih masa membelek-belek perkakas Tefal. Memang itu targetnya dari dulu, cuma sebab dah terover budget bulan ni, Zam rasa kena tangguhkan dulu hasrat tu. Kalau boleh, memang banyak yang nak dibeli kalau dah suka dan minat, nak-nak lagi ada sale 20% less sekarang ni untuk sesetengah perkakas Tefal, tapi memang terpaksa seimbangkan dengan kepentingan dan keperluan. Kalau tak, boleh jadi membazir. Betul tak?

PS: Kalau dulu, masuk ke kedai kamera dan gadjet macam satu terapi bagi Zam, sekarang ni masuk food department dah jadi semacam rutin & ke bahagian perkakas memasak/barangan elektronik tu macam perkara yang mengujakan. Mungkin sebab berkait rapat dengan minat, & boleh cuba dapatkan idea untuk memasak apa selepas ni :)