Diana Amir Rahsia Pertunangan Ikut Syariat Islam
PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Diana Amir berkata keputusan
merahsiakan majlis pertunangannya baru-baru ini adalah mengikut syariat
Islam yang tidak mengesyorkan ia dihebohkan melainkan jika berkahwin.
Diana atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim, 26, berkata, dia
berharap semua pihak menghormati keputusan itu dan tidak membuat
sebarang spekulasi terhadap dia dan tunangnya Mohd Habib Bullah A.
Rahman iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok,
Kedah.
“Dalam Islam sendiri tidak menggalakkan kita menghebohkan majlis
bertunang atau fasa bercinta kerana ia adalah perjanjian awal antara
pasangan kekasih. “Lainlah kalau majlis perkahwinan, memang ia perlu dihebahkan untuk mengelakkan fitnah.
“Sebenarnya tada jaminan lagi saya pasti akan berkahwin dengan dia
(Habib). Atas sebab itu, saya hanya adakan majlis secara tertutup untuk
keluarga kedua-dua belah pihak sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
INFO: MStar
Salam. Zamani thanks sangat2 masukkan blog saya dalam blog...saya sangat2 hargainya...tq....
ReplyDeleteSebenarnya saya sangat bersetuju dengan pendapat Diana Amir...
ReplyDeleteTidak semua pertunangan akan berakhir dengan perkahwinan kerana tempoh pertunangan sebenarnya adalah tempoh untuk kita lebih mengenali Si Dia...
Betul tidak ^_^