e

Tuesday, September 25, 2012

Susulan Isu Dialog Filem Untuk 3 Hari: Ini Respon Rashidi & Vanidah

Vanidah, Rashidi kesal salah faham dialog cerai dalam Untuk Tiga Hari.



Pasangan popular, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak mempersoalkan tindakan pihak yang meragui status perkahwinan mereka hanya berdasarkan dialog cerai dilafazkan Rashidi dalam filem Untuk Tiga Hari yang mula menemui khalayak minggu lalu.Meskipun berita yang disiarkan di sebuah akhbar harian itu, semalam, dianggap sesuatu yang melucukan, Vanidah atau lebih akrab disapa Vee berkata, soal perkahwinan dan perceraian bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main.

“Jangan mudah menilai kami. Walaupun kami artis, tapi kami masih tahu hukum-hakam, apatah lagi jika membabitkan rumah tangga. Dalam filem itu, tiada langsung babak Rashidi melafazkan cerai terhadap saya.Kaji dulu skripSebaliknya, babak dimaksudkan membabitkan watak Juwita lakonan Ayu Raudhah.

“Setiap kali ada tawaran yang memerlukan kami berlakon sebagai pasangan suami isteri, saya akan kaji terlebih dulu skripnya. Jika ada babak bercerai ataupun perkataan ‘lepaskan’ sekalipun, kami akan tolak. Kalau berdasarkan dialog yang ditulis dalam artikel berkenaan, itu hanyalah sekadar perancangan watak Affin (Rashidi), yang mahukan saya meminta cerai daripada suami saya, watak dilakonkan Afdlin Shauki,” kata Vee ketika dihubungi Hip, semalam.

Apa yang dikesalkan pemenang Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21, disebabkan salah faham dan kekeliruan ditimbulkan artikel berkenaan, ia akan mengheret kepada pelbagai spekulasi.Mangsa fitnah“Secara tidak langsung perkara ini akan membuat masyarakat sangsi dengan rumah tangga kami dan sekali gus mengundang spekulasi tidak berkesudahan.


ENTRI SEMPOI & BEST UNTUK DITERJAH!

Anne Ngasri: "Sudah Tiada Jodoh Antara Saya & Aliff Aziz"

Gambar Pertemuan Dato Siti Nurhaliza & Kate Middleton

Diana Amir Bertunang~ Tahniah!

Gambar Majlis Pertunangan Farid Kamil & Diana Danielle

Lagu Paling KONTROVERSI Tahun Ini

Anwar Tarik Balik Saman Terhadap Saiful Bukhari 

Ning Tarik Diri Dari Konsert Anjuran Syarikat Minuman Keras

Cuba Dengar.. Lirik Lagu Ini SENGAL Atau SEMPOI?

(VIDEO) IKLAN KEMPEN ANTI MEROKOK TERBAIK!

Aneh! Bila Kucing Bersayap


3 comments:

  1. eh tak faham la dengan orang kita ni.. selidik dulu dan hayati la film tu betul2.. jangan buat andaian yang membuta tuli..tgk saya pun dah terkejut dengan berita ni

    ReplyDelete
  2. itu yg saya pelik..mana ada babak yg shidi melafazkan cerai pada vee.pada ayu adalah..

    ReplyDelete
  3. camnilah jadinye bile tak selidik dulu.. pastu mule la keluar statement yang bukan2..

    ReplyDelete