e

Friday, May 24, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 7



Serius, ini kali pertama sebenarnya Zam menonton drama Sebenarnya Saya Isteri Dia. Itupun secara tak sengaja bila sepupu yang bukakan TV tadi. Oo.. Rupanya inilah drama yang sedang hangat diperkatakan di laman sosial tu ya.. Bila tengok babak Izzue Islam & Tiz Zaqyah tadi (masa Tok Wan buka pintu bilik tu), tiba-tiba teringat balik drama bersiri Setia Hujung Nyawa dulu. Mungkin dari segi kemesraan di dalam hubungan suami isteri yang ditampilkan. Rasanya pembaca yang mengikuti drama tersebut tentu boleh ceritakan kepada Zam dengan lebih detail lagi ;)

Ini juga merupakan kali pertama Zam melihat Uqasha Senrose berlakon. Memang betul-betul iras Nelydia Senrose. Memang mereka adik beradik, tapi bila seiras seperti itu mereka seolah-olah pasangan kembar. Jarang kan nak bertemu dengan dua adik beradik yang betul-betul seiras.

Apapun, Zam berterima kasih kepada SSID kerana sejak drama itu disiarkan, Zam perasan entri mengenai Uqasha Senrose makin meningkat bilangan pembacanya lebih-lebih lagi pada hari Jumaat selepas episod drama tersebut dimainkan (Zam dapat maklumat ini dari RadarUrl). Mungkin ramai pembaca yang tersangkut ke blog Zam ini menerusi carian Uqasha Senrose selama ini, & terkini PV untuk entri tersebut hampir mencecah 25k! Terima kasih diucapkan kepada pembaca semua! ;)

9 comments:

  1. best ye cite ni? ramai yg duk cakap psl drama ni. mya dkt oz ni xsmpt nk tgk hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zam rasa, best.. Itu dr pemerhatian Zam dr beberapa babak yg sempet dilihat mlm td :)

      Delete
  2. Replies
    1. Sama ar pendapat kita.. cuma Zam tak ikuti sangat sebelum ni

      Delete
  3. aku tengok cerita ni... memang best!

    :)

    ReplyDelete
  4. citer ni akak tengok sbb suka izzu blakon..novel pun tengah baca. :)

    ReplyDelete
  5. drama nhe pun dapat smbutn yang baik.. ramai yang minat

    ReplyDelete