e

Monday, June 24, 2013

Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Episod 39: Che Ta Tersingkir, Syura Ungguli Cabaran Hari Ini!



Assalamualaikum & Selamat Malam buat para peminat Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2. Akhirnya, teka teki siapa yang tersingkir malam ini di peringkat separuh akhir terjawab sudah. Tentu ramai yang tidak menyangka, kemenangan untuk cabaran malam bagi melayakkan 2 peserta ke final esok dimiliki oleh Syura, dengan marah tertinggi 46, meninggalkan Che Ta di tangga terakhir dengan 35 markah. Celina pula memperolehi 39 markah, sekaligus melayakkan dirinya bersama Syura ke final.

Kemenangan Syura pada malam ini mengetepikan ramalan para peminat yang menyangkakan Che Ta yang bakal memasuki peringkat akhir & memenangi Masterchef kali ini. 

Walaubagaimanapun buat peminat Che Ta, jangan bersedih kerana hakikatnya kesemua Top 3 mempunyai kemahiran dalam memasak, cuma rezeki untuk episod kali ini berpihak kepada Syura. Apa yang penting, Che Ta telah menunjukkan & membuktikan kebolehan memasaknya dengan baik.

Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2: Santapan Terakhir esok di Astro Ria!

6 comments:

  1. adat lah tu ada menang ada kalah :)

    ReplyDelete
  2. kita tunggu dan lihat...apa yg remy boleh ckp...
    final bsk cukup berlainan.......tak disangka2.........

    ReplyDelete
  3. bru nk skong che ta.. huhu~ ppe pun rmln syura juara! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fakh.. Remy tu tau dh siapa juara.. cer korek rahsia dr dia.. haha

      Delete