e

Saturday, July 27, 2013

Kejam! Kucing Dijadikan Sushi Di Jepun!



Sushi, makanan Jepun ini seperti yang diketahui ramai biasanya dihasilkan dari bahan bahan seperti ikan mentah, udang, hirisan sayur sayuran, telur yang dilekatkan bersama kepalan nasi atau gulungan nasi. Tapi bagaimana pula jika bahan utamnya itu digantikan dengan kucing??

Bolehkah anda membayangkannya? Mungkin pelik dan kedengaran kejam, namun itulah yang dikenali sebagai NEKOZUSHI (neko=kucing, zushi=sushi) di Jepun~

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Hehe.. Seperti yang anda lihat, kucing kucing ini telah menggantikan bahan utama yang lain seperti ikan dan sayur dalam menghasilkan sushi. Sushi yang dimaksudkan bukanlah untuk dimakan, tapi sekadar iklan yang dihasilkan oleh sebuah syarikat untuk menarik perhatian pelanggan.



Zam tidak pasti apakah barangan yang ditawarkan oleh syarikat ini, namun dengan melihat beberapa gambar dari page rasminya di FB, mungkin ia menghasilkan hamparan untuk kucing berbentuk kepalan nasi sushi seprti di bawah:


Comelkan? Hehehe jangan marah ar.... ;)

7 comments: