e

Tuesday, August 27, 2013

Teringin Nak Masak Ganjang Gejang Lah Pulak



Ganjang-gejang- adalah sejenis hidangan dari Korea yang menggunakan ketam sebagai bahan utamanya. Namun apa yang membuatkan ia istimewa berbanding hidangan ketam lain yang pernah kita rasa ialah, cara penyediannya. Ganjang-gejang ini sebenarkan ketam mentah yang diperap semalaman (atau lebih) dengan kicap yang dimasak bersama campuran lain seperti lada hijau, cili kering, bijan, buah epal dan sirap gula. Ia biasanya dihidangkan dengan nasi sewaktu makan malam.

Zam mungkin bukan peminat K-Pop, tapi kalau bab makanan Korea ni, memang Zam cukup suka sejak mengenalinya hampir 5 tahun dulu. Bermula dengan kimchi, Zam mula menyelongkar resepi dan menu-menu unik Korea yang lain. Mana-mana yang halal dari segi penggunaan bahan, memang Zam akan terliur. Dan bermula dari situ juga, Zam mengenali Saudari MAANGCHI di Youtube yang banyak memperkenalkan Zam dengan masakan tradisi masyarakat Korea.

Di bawah ini, Zam sertakan sekali video cara menghasilkan Ganjang Gejang dari Maangchi. Teringin juga nak buat kalau berpeluang nanti ;)


16 comments: