e

Showing posts with label makanan korea. Show all posts
Showing posts with label makanan korea. Show all posts

Saturday, November 15, 2014

Tiba-Tiba Entri Lempeng Kucai Korea Ni Jadi Carian.. Kenapa Ek?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.


Tahun lepas, Zam ada hasilkan entri mengenai Resepi Lempeng: Pajeon- Green Onion Pancake Ala Korea.  Kiranya dah lama lah kan, tapi entah kenapa tiba-tiba entri tu naik semula dan jadi carian ramai minggu ini. Kat bawah ni, jumlah hit yang diterima untuk entri ni semalam.


Dan ini antara kata kunci yang digunakan oleh pembaca untuk mencari resepi Pajeon tersebut sepanjang minggu ini, antaranya : resepei makanan korea lempeng kucai, resepi lempeng kucai dan cara buat lempeng korea,



Persoalannya: Kenapa tiba-tiba Lempeng Korea atau Pajeon ni jadi carian ramai? Ada keluar kat TV ke apa? Teringin Zam nak tahu

Tuesday, August 27, 2013

Teringin Nak Masak Ganjang Gejang Lah Pulak



Ganjang-gejang- adalah sejenis hidangan dari Korea yang menggunakan ketam sebagai bahan utamanya. Namun apa yang membuatkan ia istimewa berbanding hidangan ketam lain yang pernah kita rasa ialah, cara penyediannya. Ganjang-gejang ini sebenarkan ketam mentah yang diperap semalaman (atau lebih) dengan kicap yang dimasak bersama campuran lain seperti lada hijau, cili kering, bijan, buah epal dan sirap gula. Ia biasanya dihidangkan dengan nasi sewaktu makan malam.

Wednesday, August 14, 2013

Teringin Nak Buat Pajeon- Green Onion Pancake Ala Korea

Assalamualaikum dan selamat tengahari. Idea untuk membuat Pajeon (lempeng ala Korea dari green onion) ni timbul bila Zam ke kebun herba nenek pagi tadi. Geram tengok daun kucai yang nampak segar tu. Teringat dulu Zam pernah menonton cara membuat Pajeon- Green Onion Pancake ni di Youtube dulu. Walaupun green onion dan kucai (chives) ini adalah dua bahan masakan yang berbeza, tapi Zam nak juga cuba membuat lempeng Pajeon dari kucai walaupun ada yang berpendapat rasa yang dihasilkan adalah berbeza. (lagipun kucai ni memang biasa digunakan dalam membuat cucur, kan? lebih kurang dah tu).