e

Wednesday, September 18, 2013

Entri & Keyword Festival Kucing Putrajaya Tarik Trafik Tertinggi Ke Blog Minggu Lepas

Assalamualaikum & selamat pagi. Kebiasanya pada hari Sabtu & Ahad, agak jarang untuk blog Zam menerima trafik yang tinggi kecuali jika ada berita hangat yang dikongsikan di blog pada hari itu. Namun pada Sabtu & Ahad lepas, Zam perasan blog Zam menerima trafik yang tidak putus-putus ~ dan ia sesuatu yang berbeza dari mingu-minggu sebelumnya.

Sangkaan Zam, mungkin kerana entri TRAGIS: Polis Tembak Mati Isteri & Bapa Mertua Di Johor yang dikongsikan di blog pada hari Ahad mendapat hit yang tinggi, tetapi setelah melihat pada hot trend Radarul & statistik untuk post di blog, ternyata yang menarik pengunjung yang ramai ke blog Zam pada hujung minggu adalah entri Festival Kucing Putrajaya 2013.


Carian keyword di blog untuk festival kucing putrajaya juga tersenarai paling banyak untuk sepanjang minggu lepas:



Sebenarnya, sewaktu menyediakan entri tersebut, Zam hanya niatkan untuk sebaran maklumat kepada rakan-rakan blogger, dan bukannya untuk menarik trafik menerusi teknik SEO. Tak sangka pula entri biasa seperti itu menarik ramai pembaca ke blog Zam melalui carian kata kunci. Tapi, bila melihatkan gambar kehadiran pengunjung ke Festival Kucing Putrajaya yang menggalakkan di hari kedua, Zam mula sedar jumlah hit yang diterima oleh entri itu memang berasas.

Hari kedua berlangsungnya Festival Kucing.. Sesak! Mujur Zam dah ke sana pada awal-awal pagi hari pertama.

Zam dah berkunjung ke sana pada hari pertama. Mujur juga dapat elakkan kesesakan seperti gambar diatas (kredit kepada rakan kerja kakak Zam di Putrajaya). Insya Allah, Zam akan kongsikan gambar-gambar kucing di sepanjang kunjungan Zam ke sana di dalam entri akan datang ;)

8 comments:

  1. salam ziarah

    mesti ramai peminat kucing kat luar sana..

    ReplyDelete
  2. yelah ramai peminat kucing ni sebenarnyer !

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ha ah.. sb promosi dr page dunia kucing d fb juga kot

      Delete
  4. terbaikla bro zam...aha, waktu tu krole pon ada search keyword tu, trus dpt link bro zam...tahniah kalo kena ngan topik semsa mmg malatop pageview huhu

    ReplyDelete