e

Tuesday, October 22, 2013

Fikiran Yang Dirasuk


Assalamualaikum dan selamat petang. Sejak minat memasak ni kembali, Zam mula teringin nak pakai perkakas dapur yang tahan lama dan lebih baik kualitinya macam Tefal ni. Hidup single selama ni, tak pernah pun terfikir nak gunakan atau beli alatan memasak sampai macam tu. Selalu je memasak, tapi yang biasa biasa je lah..

Sekarang ni di Parkson ada promosi 50% potongan harga untuk set titanium. Menarik nih.. Tapi kena kumpulkan 10 setem dari Parkson dulu untuk ditebus, baru layak dapat harga istimewa tu. Gambar diatas tu, untuk set yang lain dan diskaunya hanya 20%. Jadi sekarang ni giat nak mengumpul setem untuk cukupkan 10 setem. (Setiap pembelian bernilai RM30 di Parkson, akan dapat 1 setem)

Alhamdulillah, sekarang dah ada 5 setem. 2 setem Zam dapat semasa shopping baru baru ini, dan 3 setem lagi diberikan oleh adik cashier sewaktu Zam membayar harga barang tu.. Alhamdulilah.. Thanks ye.. Sekarang kena fokus dapatkan 5 setem lagi.. ;) Tapi tak adalah membazir dengan shopping barang kat sana semata mata untuk dapatkan 5 lagi setem tu.. Hehe

8 comments: