e

Friday, November 15, 2013

Kari Ayam Dan Roti Canai Pilihan Peserta Masterchef Australia 5 Dalam Cabaran Penyingkiran.

Dalam banyak-banyak episod Masterchef Australia musim 5 di 709, episod cabaran penyingkiran semalam antara yang paling best bagi Zam. Sebab tema yang diberikan - "masakan yang melambangkan diri setiap peserta" melibatkan banyak emosi dan kisah menarik dalam menu yang ingin mereka persembahkan (semestinya, mengenai keluarga mereka). Nak-nak lagi dengan keinginan mereka untuk terus berada dalam pertandingan dan mengejar gelaran Masterchef serta kerinduan terhadap anak-anak, menjadikan keadaan bertambah emosi.

Apapun, Zam nak fokuskan pada salah seorang peserta- Jules Allen yang menceritakan tentang satu masakan Malaysia yang menjadi kegemaran dan penguat ikatan antara beliau dan 4 orang anaknya, serta 29 orang anak angkat (pergh ramai giler!) Tapi tak menghairankan kerana beliau sebenarnya seorang social worker yang menjaga kebajikan kanak-kanak malang.

Apa yang penting, siapa sangka masakan Malaysia- Kari Ayam & Roti Canai ni mempunyai kisah yang menarik bagi mat salleh ni~ terbaik ar! 

Berikut adalah jawapan Jules Allen bila juri bertanyakan apakah menu yang terlintas dalam fikiran yang dapat melambangkan dirinya: 










9 comments: