e

Sunday, January 26, 2014

Masterchef All Stars Malaysia Vs Anugerah Juara Lagu



Assalamualaikum & selamat malam semua~ Dalam entri sebelum ni, Zam ada kata walaupun kepenatan dan mengantuk selepas seharian sibuk, Zam tak mahu tidur lagi kerana nak menonton rancangan yang best best malam ni. Ada dua, dan tentu ramai yang tahu malam ni merupakan kemuncak Anugerah Juara Lagu 2013 dan dalam masa yang sama, Masterchef Allstars Malaysia telah memasuki episod semi final dalam memilih 3 dari 4 peserta terbaik untuk ke episod final. Kalau korang, nak tengok yang mana?

Zam mungkin akan selang seli, sekejap buka 104, sekejap buka 103.. Sekarang ni, tengah layan Masterchef.. Kejap lagi bila tiba giliran artis dan lagu yang Zam nak dengar atau masa iklan, baru Zam buka Anugerah Juara Lagu.. Bukanlah bersungguh sangat nak layan AJL tahun ni, cuma nak layan beberapa lagu dari Stacy, Hyper Act, Najwa Latif & Sleeq.

Soal siapa juara AJL malam ni, memang tak boleh nak jangka.. Dan siapa top 3 Masterchef Allstars, keputusannya dah ada cuma ramai tak tahu.. Jadi, kenalah tunggu sehingga kedua-dua rancangan tamat malam ni. Insya Allah, dalam masa yang sama Zam akan update keputusan nya di sini :)

Untuk senarai penuh lagu yang dipertandingkan malam ini, boleh lihat di PAUTAN INI.

12 comments: