e

Friday, January 24, 2014

Puas Hati Dapat Siapkan Semua Komponen



Assalamualaikum dan selamat malam pembaca semua. Entri kali ini sebenarnya susulan kepada 2 entri yang Zam tulis sebelum ini, iaitu Nak Rasmikan Penggunaannya Malam Ini dan Buat Kecah Di Dapur. Untuk kedua-dua entri tersebut, memang Zam tak sempat nak tunjukkan hasilnya, jadi Zam himpunkan di sini gambar kari dan paratha yang Zam hasilkan baru-baru ini. Walaupun tak sesempurna masakan mereka yang lebih mahir dalam masakan India, tapi Zam berpuas hati dapat siapkan kesemua komponen. 

Untuk kurangkan kepedasan kari ayam Indian style ni (sebab tak letak santan), Zam buat juga raita bawang besar yang sejuk & manis. Kira macam seimbang jugalah ni.. Pedas & panas, kemudian sejuk & manis.. Hehe..

Kepada rakan blogger, kakak-kakak yang tanya tentang resepi paratha tu, boleh hit pada PAUTAN INI ya.. Ada video cara membuatnya. Selamat mencuba semua :))


14 comments:

  1. Budu pandai bt kari mamak je dengan maggie goreng mamak. tak pernah cuba lagi masakan ni. huhu nampak mcm best (kalau nk baca entry masakan kena tunggu malam...tercabar kalau tgk siang2) huhu ngee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa ok lah tu.. zam pun tak tahu... oo... rajin budu puasa ye :)

      Delete
    2. Alhamdulillah. Kalau tak puasa, nanti nk start puasa balik payah, so berpuasalah berterusan :D. Kurang sikit mengabihkan boraih huhu

      Delete
  2. salam perkenalan..rajinnya masuk dapur..boleh jd suami mithali ni..:)
    btw,sy dtg bw disini..sy follow..sudikanlah follow blog saya balik...tqvm!

    http://ummiaisys.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnn... thanks utk doa tu :)) insya Allah Zam terjah skrg ;)

      Delete
  3. Replies
    1. itulah.. mmg tak beli dh lagi paratha segera lepas ni

      Delete
  4. sedapnya....buat sendiri lebih jimat......

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju... bila beli yg frozen, bru sedar frozen tu lg mahal dr kos nak buat

      Delete