e

Tuesday, February 11, 2014

Alhamdulillah.. Barang Dari Zalora Dah Sampai

Assalamualaikum & selamat pagi semua pembaca yang ceria ^^.

Masih ingatkah anda bila Zam bertanyakan pendapat tentang VARSITY Manakah Yang Patut Menjadi Pilihan Zam sebelum ini? Terima kasih ya untuk pendapat & cadangan yang diberikan. Sedikit sebanyak, ia membantu Zam dalam membuat keputusan untuk membeli varsity yang diinginkan selepas itu di Zalora.

Apapun, pilihan varsity yang diputuskan tu memang dah ada, cuma saiznya pula yang  tidak ada.

Jadi, Zam tangguhkan dulu, sehingga adanya saiz yang diinginkan atau ada varsity baru yang lebih cun dipamerkan.

Alhamdulillah, Khamis minggu lepas, tiba-tiba Zam tergerak hati nak menjengah ke Zalora. Rupa-rupanya, ada banyak lagi pilihan Varsity baru yang dipamerkan keluaran 2PM.COM pada hari tu. Rambang mata Zam dibuatnya~


Selain gabungan warnanya yang lebih menarik, varsity keluaran 2PM.COM ini mempunyai perincian garisan pada kolar & pergelangan tangan yang membuatkannya tampak lebih smart dan rugged berbanding jenama lain. (klik pada gambar untuk membesarkannya)

Jadi dengan itu, Zam membuat keputusan muktamad untuk gunakan kupon RM50 yang diberikan sebelum ini untuk mebeli salah satu varsity dalam koleksi diatas.


>>Rasa-rasanya, varsity mana yang menjadi piilhan hati Zam ya?<<


Zam sukakan servis Zalora sebab barang yang dipesan sampai dalam tempoh masa sehari saja (dari Kuala Lumpur ke Kuching).

Masih ingat entri Tiba-Tiba Dapat Kiriman Hari Ini? Sebenarnya, kiriman yang diterima tu ialah varsity yang dipesan ini. Zam tak sangka mulanya sebab ia sampai terlalu cepat, nak nak lagi masa yang dijanjikan untuk barang tersebut sampai ke Sabah Sarawak ialah dalam tempoh 4 hari bekerja. 


Selain itu, pihak Zalora juga menyediakan kemudahan penghantaran semula barang yang dipesan dalam tempoh 30 hari. Hanya kemukakan alasan anda di borang khas yang disediakan bersama kiriman yang anda terima, dan gunakan borang Pos Laju yang telah disediakan untuk memulangkan barangan tersebut tanpa dikenakan sebarang bayaran (bayaran akan dibuat oleh pihak Zalora sendiri).

Keseluruhannya, Zam m
emang puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan dan ini merupakan kali pertama Zam berbelanja di sana. Terbaik :)

26 comments:

  1. Assalamualaikum zam. cepat beritahu awak amik warna apa? hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. ahaa... akak.. cer teka lah.. hehe

      Delete
  2. mesti yang itam kuning tu kan?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. itu pun antara yg zam minat ;) tp zam tak beli yg tu :)

      Delete
  3. ciyes?? satu hari??kena beli ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Sehari dah terima? Wow, makin bagus serviss zalora ehh?
    Cantik Varsity tuhh, sesuailah dengan zam.. Heeee
    Eh, macam mana nak dapat voucher RM50 tuh? Kongsikanlah tips ye .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza.. zam order khamis, dpt jumaat.. klu akak pelanggan astro yg menggunakan servis e-billing mereka, akak akan dpt kupon RM50 tu.. mereka akan hntr ke email

      Delete
  5. Replies
    1. kanan tu pun antara yg plg zam suker, tp zam tak beli yg tu :))

      Delete
  6. Replies
    1. itupun menarik, tp zam terpaksa pilih yg lain :))

      Delete
  7. Wow biar betul sehari je? Memang power betul, walaupun sebelum ni macam2 berita buruk kedengaran pasal Zalora ni..

    Oh ya, saya ada anjurkan sebuah contest mudah buat blogger semua, hadiahnya merupakan wang tunai bernilai RM2000. Jemput brountuk join sekali ya, boleh baca details lebih lanjut di ->> http://www.azri.my/2014/01/contest-kembara-kemboja.html

    Terima Kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza.. bila servis mereka cepat, seharusnya itu yg pling diinginkan pelanggan kan..

      Wah.. contest ya.. Nt Zam join :) thanks sb jemput

      Delete
  8. Replies
    1. merah tu, warna kegemaran zam juga tapi kali ni Zam pilih kaler lain ;)

      Delete
  9. wahhh.. zara suka purple ngan sebelah tu.. ijauu tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. memang kedua2nya menarik.. cuma zam lebih suka yg gelap :)

      Delete
  10. hijau....

    huhu.. jom lah join GA saya tu... tp gift dia tak seberapa ... huhuhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ;)) ok sis, nanti Zam join ye ~ insya Allah

      Delete
  11. oh amik yg hijau hitam tu eh, ok gak tu... tp yg 1st siyes smart, heheh ^^

    ReplyDelete